Tema yang terkandung dalam novel atheis ialah moral atau pengajaran. Novel ini mengisahkan perjuangan batin seoramg pemuda Indonesia selepas bergaul dengan penganut-penganut ideologi baru.latar belakang novel ini mengisahkan masyarakat Indonesia zaman perubahan sosial dan politik sebelum Perang Dunia Kedua. Tema utamana atau mesej yang disampaikan ialah soal-soal hidup lebih penting daripada soal-soal ugama.
Tema tersebut didukung oleh watak-watak utama dalam novel ini. Hasan selaku watak terpenting selalu terumbang-ambing dalam kebimbangan sebab dia sentiasa memikirkan ugama seperti wujudnya Tuhan dan neraka. Tetapi pada pendapat pengarang, soal itu tidak boleh diselesaikan. Soal-soal hidup seperti soal-soal politk, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, ketidakadilan dan sebagainya adalah masalah yang kita harus selesaikan kerana soal-soal tersebut berada di dalam daerah kesanggupan kita.
Satu lagi persoalan timbul ialah persoalan keyakinan dalam firasat hidup iaitu persoalan menerima dan membuang nilai-nilai yang dianggap baik atau sebaliknya. Hal ini digambarkan melalui watak Hasan yang hidup semasa kecil dalam suasana pendidikan Islam yang orthodoks dan mempelajari pula aliran mistik. Setelah dewasa dia menjadi manusia yang retak dalam hidup dan keyakinan bila bertemu dengan Rusli, Anwar dan Parta yang menganut pemikiran yang berlainana tentang keagamaan. Hasan juga dilukiskan sebagai manusia yang terumbang-ambing , hilang pegangan dan hilang kekuatan untuk hidup bebas lantaran dia tidak dapat memilih nilai-nilai hidup yang lebih baik dari keyakinannya sendiri. Dengan kata lain pengarang melukiskan watak hasan sebagai seorang pesimis yang gagal, hilang semangat dan derita.
Keadaan yang terjadi pada Hasan menyebabkan dia memeluk atau menganuti sesuatu ugama tanpa suatu pertimbanan dan keyakinan yang didasarkan kepada kematangan fikiran. Segala keyakinan yang dianutinya adalah perlarian belaka. Dia menjadi pengikut mistik kerana dia kecewa tidak dapat berkahwin dengan Rukmini. Dia menjadi atheis disebabkan Kartini yang menyerupai Rukmini termasuk dalam kelompok itu. Kalau dia tidak mengikut aliran mereka, dia merasa yakin bahawa dia tidak mungkin mendapatkan Kartini. Jadi untuk mendapatkan Kartini dia terpoksa menjadi atheis dan memutuskan hubungannya dengan ayahnya sendiri. Tetapi bila dia berpisah dengan Kartini, tidak pula dia mengaku dirinya atheis. Selepas ayahnya meninggal dunia, dia tidak mempunyai apa-apa pegangan walaupun telah dicubanya untuk kembali kepada dunia ayahnya. Dalam pada itu dia pula meninggal dunia. Jadi Hasan adalah satu tokoh yang trajik.
Tema novel ini sesuai dengan anggapan pemeluk kebudayaan Jawa dan Sunda iaitu lepas dari tradisi bermakna kehancuran. Hasan mengalami kehancuran kerana dia melepaskan diri dari tradisi yang telah dibina ayahnya. Jadi persoalan yang dikemukakan pengarang dalam novel ini ialah persoalan perlepasan diri dari satu tradisi untuk masuk kedalam tradisi lain tanpa berpegang kepada suatu keyakinan, hanya perasaan belaka. Dengan kata lain, bukanlah persoalan atheis yang sebenarnya merupakan tema novel ini. Mungkin pengarang ingin memberikan pengajaran bahawa pembentukkan nilai-nilai lama dengan nilai-nilai yang berhubungan dengan soal ketuhanan memerlukan sikap kritis dari individu yang menganggapinya. Dalam konteks ini, Hasan gagal untuk membuat pilihan dan kegagalan itu menjadi simbol dari kehidupan manusia Indonesia yang mencari suatu pengertian hidup yang lebih baik bagi dirinya.
Perasaan terlalu romantik juga, boleh merosakkan seseorang. Anwar dalam novel ini sangat benci kepada romantik dan mistik. Dia menegaskan bahawa dua ‘tik’ itu telah meruntuhkan bangsa Indonesia kerana dua ‘tik’ itu membuat rakyat Indonesia lari dari dunia nyata sehingga dunia nyata itu dikuasai penjajah berabad-abad lamanya.
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment