1. taqlid telah merebak ke seluruh masyarakat Islam mulai dari pertengahan abad ke empat hijrah yang dikenali sebagai zaman taqlid atau zaman kebekuan dan kebantutan. Huraikan sebab-sebab yang menimbulkan kecenderungan bertaqlid di kalangan umat Islam pada zaman tersebut
= pada zaman itu, ada empat faktor yang menyebabkan berhentinya kegiatan ijtihad. Yang pertama ialah perpecahan negara Islam kepada berbagai-bagai pemerintahan yang saling berperang diantara satu sama lain. Perpecahan ini telah menyebabkan pemerintah Islam hanya sibuk dengan peperangan, rusuhan dan pertahanan diri dari segala tipu daya dan memikirkan ikhtiar-ikhtiar untuk mencapai kemenangan. Akibatnya, umat Islam mengalami kelemahan dan semangat kecintaan mereka kepada ilmu pengetahuan dan akhirnya kelemahan itu telah berkesan melumpuhkan kegiatan perundangan.
Faktor kedua ialah setelah imam-imam mujtahid di zaman ketiga (zaman pembukuan dan imam mujtahid) berpecah kepada berbagai-bagai golongan masing-masing mempunyai faham perundangan tersendiri dan masing-masing membawa aliran dan cara yang tersendiri dan pengikut golongan itu berusaha sedaya upaya meninggikan mazhab masing-masing. Dalam fikiran seperti ini, leburlah keperibadian seorang ulama’ di dalam golongan puaknya dan terbunuhlah jiwa kebebasan akal fikiran mereka yang menyebabkan ulama-ulama menjadi orang kebanyakkan iaitu muqallid.
Faktor ketiga ialah umat Islam cuai mengatur dan menyusun kuatkuasa perundangan Islam dan tidak mengadakan sesuatu peraturan kemas yang boleh mencegah orang-orang yang tidak berkelayakan dari memasuki lapangan ijtihad. Maka pihak-pihak yang berkuasa pun mengeluarkan perintah menutup pintu ijtihad dan memaksa mufti-mufti dan kadi-kadi mengikut hukum imam-imam terdahulu sahaja.
Faktor keempat ialah para ulama telah diserang penyakit keruntuhan akhlak yang menghalangi mereka dari meningkat ke taraf mujtahid. Mereka menjalankan propaganda bagi memburukkan dan menjatuhkan nama orang yang cuba berijtihad. Ini menyebabkan ulama yang berusaha tadi mengisytiharkan dirinya sebagai muqallid (orang yang bertaqlid pada orang lain) sahaja. Dengan sikap ini, pupuslah kebijaksanaan dan kepintaran dan lemahlah kepercayaan ulama’ kepada diri sendiri dan seterusnya kekallah mereka menumpukan pegangan kepada mazhab imam-imam yang lalu.
Friday, September 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalammuaalaikum, saya minta copy post ini untuk dijadikan nota final exam saya ya... terima kasih atas mklumat kamu... jazakallah
Post a Comment