Tuesday, August 19, 2008

Sejarah Pertumbuhan, Perkembangan Faedah dan Kepentingan.

1. Jelaskan pengertian Usul Fiqh dari segi bahasa dan istilah.

= dari segi bahasa, usul fiqh bermaksud dalil-dalil fiqh. Manakala dari segi istilah pula, suatu ilmu yang membicarakan kaedah-kaedah yang dijadikan perantaraan untuk mengeluarkan (memahami) hukum-hukum syara’ yang praktikal (amali) dari dalil-dalil tafsil (terperinci).

2. nyatakan faedah-faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh.

= dengan mempelajari ilmu Usul Fiqh, sebarang itu boleh memahami selok belok hukum-hukum syara’, seseorang itu juga boleh beramal dengan penuh yakin, bukannya taqlid semata-mata. Seseorang itu juga boleh mengetahui cara-cara ulama’ menetapkan hukum-hukum baru yang yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Quran dan Sunnah. Dengan mendalami ilmu Usul Fiqh, kita juga boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulama’ serta membuat perbandingan secara ilmiah. Mempelajari ilmu Usul Fiqh juga memudahkan para ulama’ yang bertugas mengeluarkan fatwa atau hukum kerana telah dibekalkan dengan landasan, panduan dan petunjuk yang mengarah kepada pemahaman secukupnya terhadap dalil nas syara’.

3. catatkan dengan ringkas mengenai pertumbuhan ilmu ini.

= pertumbuhan dan perkembangan ilmu Usul Fiqh ini dapat dibahagikan pada empat peringkat iaitu zaman Rasulullah s.a.w, zaman sahabat Rasulullah, zaman Tabi’it dan Tabi’in, dan zaman pembukuan.

Dalam zaman Rasulullah, hukum-hukum telah ditetapkan sendiri oleh Rasulullah menurut ajaran al-Quran yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda tanpa menggunakan sebarang kaedah khusus, disamping penetapan baginda sendiri yang dikenali sebagai Sunnah (atau Hadith). Pada zaman ini, hanya baginda seorang sahaja yang boleh mengistinbatkan hukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah baginda.

Pada zaman sahabat Rasulullah, syariat Islam diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda termasuk para Khulafa Ar-Rasyidin. Zaman ini dimulai kewafatan baginda Rasulullah. Apabila timbul sesuatu perkara, para sahabat selalu mencari hukumnya dalam al-Quran dan jika tidak ditemui, mereka akan mencarinya dalam Sunnah. Andainya kedua-dua sumber hukum tersebut tidak mengandungi hukum atau masalah yang yang dicari, para sahabat biasanya menetapkan hukum menurut ijtihad masing-masing. Ijtihad mereka itu tidak pula bercanggah dengan nas yang sedia ada dalam al-Quran mahupun hadith, bahkan dikuatkan dengan hujah beserta dalil yang terdapat dalam al-Quran.

Dalam zaman Tabi’it dan Tabi’in pula, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh beza dengan zaman sahabat. Persamaan ini disebabkan oleh jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah s.a.w tidaklah terlalu jauh. Cuma apabila sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’, biasanya mereka merujuk kepada pandangan para sahabat (Fatwa Sahabat) sebelum mereka berijtihad.

Pada awal zaman pembukuan, ilmu Usul Fiqh belum merupakan satu bidang yang dapat berdiri sendiri. Ia masih lagi bercampur-aduk dengan kitab-kitab Fiqh. Muhammad bin Idris bin as-Syafi’ie yang lebih dikenali sebagai Imam As-Syafi’ie telah mengarang, menyusun dan membukukan kaedah-kaedah Ilmu Usul Fiqh dengan teratur dalam sebuah kitabnya yang lengkap dengan alasan-alasannya. Kitab ini diberi nama ar-Risalah. Ar-Risalah ini merupakan kitab Usul Fiqh yang pertama dibukukan. Oleh itu, Imam as-Syafi’ie dikenali sebagai pelopor dan pengasas ilmu Usul Fiqh.

4. jelaskan cara ulama’ mazhab Hanafiah menyusun ilmu Usul fiqh serta terangkan perbezaannya dengan cara ulama’ mazhab Syafieah.

= ulama-ulama mazhab Hanafiah menyusun ilmu Usul Fiqh dengan cara pemberi perhatian yang mendalam kepada masalah-masalah Fiqhiyah yang telah sedia wujud dalam mazhab Hanafi. kumpulan ini memahami bahawa kaedah yang wajar dicatit dan dikumpulkan ialah kaedah yang sudah menjadi asas kepada masalah-masalah Fiqhiyah yang begitu banyak sekali. Ini memahamkan bahawa Usul Fiqh mereka berasaskan kepada masalah-masalah Fiqhiyah.

Manakala ulama mazhab Syafieah pula memberi perhatian berat dalam menyediakan asas dan menetapkan sesuatu kaedah terhadap dalil-dalil dan hujah-hujah untuk menguatkannya. Mereka banyak melakukan perbincangan dan pembahasan. Para ulama mazhab ini membuat kaedah-kaedah Usul Fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil-dalil aqli dan naqli. Kemudian kaedah ini dijadikan dasar untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Mereka tidak memasukkan masalah Fiqh dalam kebanyakkan penulisan mereka. Adapun masalah-masalah Fiqhiyah yang diutarakan hanya sekadar contoh keterangan sahaja bagi perlaksanaan kaedah. Ilmu Usul Fiqh pada pandangan mereka merupakan satu ilmu yang bersendirian sebagai asas kepada ilmu Usul Fiqh.

3 comments:

MaWaRDi said...
This comment has been removed by the author.
MaWaRDi said...

Soalan 1 - Pengertian Usul Fiqh

dari segi bahasa, u have to separate between the term Usul & Fiqh.

Usul = asas, asal, dasar,
basic, fundamental, platform (in english)
dlm erti kata lain, Usul ialah Asas (dalil or keterangan), Dalil, Rajih (yg lebih kuat & tepat) & Kaedah.
Fiqh = fahaman, mengerti tentang sesuatu, memahami

Pengertian dr segi istilah...bingo!! klu cigu marking kn gerenti full mark (",)

Pengertian dr segi istilah also can be defined as = ilmu yg membahaskan kaedah2 yg digunakan oleh para mujtahidin untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) hukum2 syara' yg berkaitan dgn perbuatan org2 mukallaf drpd dalil2 tafsili.

Anonymous said...

apa beza usul fikh dan kaedah fikh