Tuesday, August 19, 2008

Istilah Perundangan ; Beza Undang-Undang Ciptaan Manusia dan Undang-Undang Ciptaan Allah


1. terangkan pengertian perundangan (Tasyri’) dari segi bahasa dan istilah syara’.

= dari segi bahasa, perundangan atau al-syariat membawa maksud jalan yang lurus. dari segi istilah syara’, perundangan bermaksud mengatur dan menyusun undang-undang yang berhubung dengan hukum-hukum perbuatan orang mukallaf, masalah-masalah dan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka.

2. jelaskan perbezaan antara syariah dengan Fiqh.

= dari segi istilah syara’ syariah bermaksud hukum-hukum yang diperundangkan Allah ke atas hambaNya supaya mereka beriman kepadaNya yang boleh membawa kebahagiaan baik didunia dan di akhirat. Manakala Fiqh dari segi istilah syara’ bermaksud ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syara’ yang amali dan praktikal yang diambil dari dalil-dalil yang tafsil (terperinci).

Syariat mempunyai pengertian yang lebih umum dari fiqh, sebab syariat bererti tiap-tiap perkara yang diperundangkan Allah dalam agama sama ada dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah yang merangkumi hukum-hukum Fiqh dan hukum-hukum aqidah, akhlak dan sebagainya
.

3. undang-undang Allah mempunyai perbezaan dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Bincangkan.

= undang-undang ciptaan manusia masih dapat dipinda dan diubah, mengikut peredaran masa dan tertakluk pada pemerintah, sedangkan undang-undang Ilahi tidak dapat dipinda-pinda atau diubah-ubah, bahkan ia masih dipakai walaupun zaman telah berubah.

Undang-undang ciptaan manusia dipegang oleh pemerintah dan dibuat oloeh penggubal undang-undang. Manakala undang-undang ciptaan tuhan pula tidak dipegang oleh sesiapa dan sumber perundangannya datang dari Allah Ta’ala sendiri iaitu Al-Quran.

Kebiasaan undang-undang ciptaan manusia dibolehkan merayu atau membayar denda yang telah dikurangkan. Ini membuatkan kadang-kadang undang-undang ciptaan manusia boleh berlaku tidak adil dan denda yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang disabitkan. Berlainan dengan undang-undang ciptaan Ilahi, orang yang melakukan kesalahan akan diberi balasan yang setimpal dengan kesalahannya.

Undang-undang ciptaan manusia hanya berkuatkuasa semasa pesalah itu masih hidup sahaja. Tetapi, undang-undang Allah akan tetap berkuatkuasa walaupun pesalah itu telah meninggal dunia.

4 comments:

MaWaRDi said...

Good brief explanation.... well done....

Just to add some info ;

Ta’rif SYARI’AH (atau Perundangan) dari segi bahasa mempunyai dua pengertian :

1. Jalan yang lurus, iaitu jalan yang membawa dan mengarahkan umat manusia ke arah landasan akal dan kehidupan yang berkebajikan.
Sebagaimana Firman Allah (Surah al-Jathiyah : 18) ;
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas suatu syari’at (berupa peraturan dan jalan yang lurus) tentang urusan (agama) itu, maka ikutilah syari’at itu, dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”

2. Saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman. Sumber air itu digunakan oleh manusia, jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk memenuhi keperluan, menjamin keselamatan dan kesejahteraan fizikal dalam kehidupan sehari-hari.

MaWaRDi said...

Sambungan to Perundangan dr segi istilah syara' ;

Dalam erti kata lain, Syariah Islamiah (Undang-undang Islam) itu adalah merupakan peraturan dan undang-undang Allah yang diturunkan kepada manusia (yang mukallaf), meliputi seluruh aspek urusan kehidupan manusia termasuk aspek aqidah (iktikad dan kepercayaan), syariah (perundangan dan mu’amalat) dan akhlak (etika moral).

MaWaRDi said...

Additional info on Difference between Undang2 Allah & Undang2 Ciptaan Manusia

UNDANG-UNDANG ISLAM (UNDANG2 ALLAH)
1. Penggubalnya ialah ALLAH. Autoriti tertinggi juga Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana undang-undang sahaja.

2. Wahyu Allah adalah sumber asas kepada pembentukan hukum Islam. Sementara ‘akal dan empirikal hanyalah sebagai pelengkap.

3. Skopnya adalah luas yang meliputi semua aspek kehidupan manusia, iaitu hubungan antara manusia dengan Allah, hubungan antara sesama manusia dan alam persekitaran.

4. Pelaksanaannya dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia sejagat.

UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA

1. Penggubal dan autoritinya ialah manusia.
2. Sumber asas pembentukannya ialah ‘akal, empirikal dan budaya masyarakat. Wahyu dan agama tidak menjadi perkiraan.

3. Skopnya adalah terbatas. Ia hanya menyentuh persoalan hubungan manusia dengan manusia dan alam sekitar, tetapi tidak menyentuh hubungan dengan Allah.

4. Tidak berupaya memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia.

Anonymous said...

I wanted to thank you for this good read!!
I absolutely loved every bit of it. I've got you bookmarked to check
out new stuff you post…

Have a look at my site healthy Skin Tone creams