1. Zaman Rasulullah s.a.w ialah zaman pertumbuhan dan pembentukkan undang-undang Islam. Bincangkan dengan menyentuh pembahagian peringkat perundangan dan sumber-sumber perundangan di zaman tersebut.
= zaman Rasulullah s.a.w terbahagi kepada dua peringkat yang berasingan iaitu peringkat Rasulullah berada di bumi Mekah dan peringkat Rasulullah berada di bumi Madinah. Dalam peringkat Rasulullah di bumi Mekah adalah selama 12 tahun dan beberapa bulan dari masa kebangkitannya sampai masa perpindahannya ke Madinah. Dalam peringkat ini, kebanyakkan ayat yang diturunkan hanya berkisar tentang akidah, akhlak atau susila dan contoh-contoh teladan dari kelakuan tindakan-tindakan orang-orang dahulukala.
Dalam peringkat kedua iaitu ketika Rasulullah berada di bumi Madinah mengambil masa selama 10 tahun mulai dari tarikh perpindahannya sampai tarikh wafatnya. Dalam peringkat inilah timbulnya keperluan untuk mengatur perundangan dan seterusnya undang-undang muamalat, sivil dan sebagainya.
Sumber-sumber yang ada pada zaman ini hanya wahyu Ilahi dan ijtihad Rasulullah sendiri. Bila berlaku sesuatu yang dikehendaki hukum sama ada berupa perbalahan atau permintaan fatwa, Allah akan menurunkan wahyu kepada Rasulullah, mengandungi hukum yang dikehendakinya, setelah itu baginda akan menyampaikan kepada kaum Muslimin. Jika sekiranya Allah tidak juga menurunkan wahyu, maka Rasulullah akan menggunakan ijtihad untuk mengetahui hukum itu. Ijtihad Rasulullah juga dinamakan al-Hadith.
2. Zaman Rasulullah s.a.w merupakan zaman pertumbuhan dan pembentukkan undang-undang Islam yang pertama. Huraikan perundangan Islam semasa Rasulullah s.a.w berada di kota Mekah.
= Peringkat Rasulullah berada di bumi Mekah memakan masa selama 12 tahun dan beberapa bulan dari masa bangkitnya sampai masa baginda berhijrah ke Madinah. Dalam peringkat ini, orang-orang Islam masih merupakan satu golongan kecil yang lemah dan belum lagi merupakan satu bangsa dan belum lagi mempunyai urusan-urusan sebuah negara.
Pada masa itu, Rasulullah hanya berdakwah tauhid kepada Allah dan memalingkan manusia dari menyembah berhala. Ayat-ayat yang turun pada peringkat ini hanya membabitkan perkara-perkara kepercayaan, akhlak atau susila dan contoh-contoh dari kelakuan dan tindakan-tindakan orang yang dahulukala.
3. terdapat perbezaan di antara ciri ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dengan ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Bincangkan.
= ayat-ayat al-Quran yang diturunkan ke Madinah dipanggil Madaniyah manakala yang turun di mekah ialah Makkiah. Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud manakala ayat-ayat Makkiah kebanyakkan terpulang kepada tujuan utama dalam agama iaitu tauhid, mengemukakan bukti adanya Allah, membasmi dasar-dasar syirik dan menyuruh atau menggalakan rohani dari sebarang kehinaan.
Ayat-ayat Makkiah kebiasaannya pendek-pendek supaya menyenangkan Rasulullah dan orang-orang Mukmin menghafalkannya, sementara ayat-ayat Madaniyah kebiasaannya panjang-panjang. Tiap-tiap surah yang disebutkan perkataan “Al-Munafikin” adalah ayat-ayat Madaniyah kecuali dalam Surah al-Ankabut, sebab golongan ini tidak ada di Mekah. Tiap-tiap surah yang ada ‘Sajdah’ adalah ayat-ayat Makkiah kecuali dalam Surah al-Hajj kerana mengikut rajihnya adalah ayat Madaniyah.
Tuesday, August 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment