1. jelaskan sebab-sebab timbulnya perselisihan pendapat di kalangan para sahabat dalam menentukan pelbagai hukum di zaman pentafsiran dan penyempurnaan undang-undang.
= pada zaman sahabat, para sahabat-sahabat agung telah berpecah-pecah. Ada yang menetap di Kufah, Basrah, Madinah dan Mesir. Dalam tiap-tiap buah Negara Islam terdapat seorang atau lebih sahabat-sahabat yang bertugas mengeluarkan fatwa-fatwa. Akibat yang timbul dari kedudukan sahabat-sahabat inilah yang menimbulkan perselisihan pendapat dalam menentukan hukum.
Antara sebab yang lain ialah kebanyakkan nas-nas hukum di dalam al-Quran dan Hadith tidak tegas atau benar-benar tepat kehendaknya. Ayatnya juga mengandungi sepatah kata yang mengandungi dua erti atau lebih. Tegasnya, hukum-hukum di dalam soal-soal kecil yang menimbulkan perselisihan dalam cara memahami nas-nas.
Hadith Rasulullah tidak dikumpul dan dituliskan di zaman ini dan tidak ada himpunan hadith yang diakui atau disepakati oleh mereka. Bahkan hadith-hadith ini dipindahkan dengan jalan riwayat dan hafaz sahaja.
Perselisihan pendapat dikalangan sahabat juga adalah kerana berlainan tempat atau persekitaran hidup. Ini membawa kepada berlainan fikiran dan pandangan mereka dalam menilaikan kepentingan-kepentingan dan motif-motif perundangan.
2. zaman Sahabat bermula dari kewafatan Rasulullah dan berakhir pada abad pertama Hijrah. Jelaskan kesan-kesan perundangan yang ditinggalkan oleh zaman itu.
= antara kesan perundangan yang ditinggalkan dalam zaman ini ialah pentafsiran secara undang-undang bagi nas-nas hukum didalam al-Quran dan Hadith. Mereka juga membukukan kitab al-Quran pada masa pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin.
Pada zaman sahabat ini juga terbit berbagai-bagai fatwa ijtihad sahabat-sahabat berhubung dengan masalah-masalah atau kejadian-kejadian yang belum ada nas. Dengan usaha istinbat inilah mereka telah berjaya mengaturkan berbagai-bagai undang-undang atau hukum berhubung dengan berbagai-bagai negeri Islam.
Pada zaman sahabat ini juga adalah permulaan bagi penglihatan soal-soal agama dalam perpecahan parti yang pada asalnya hanya melibatkan soal politik. Perpecahan parti ini adalah golongan Khawarij, Syiah dan golongan ahli Sunnah Wal-Jamaah. Perpecahan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam perundangan Islam.
3. perpecahan umat Islam kepada tiga golongan iaitu Khawarij, Syiah dan ahli Sunnah telah memberikan kesan dalam perundangan Islam. Bincangkan.
= golongan Khawarij tidak berpegang kepada hukum-hukum yang terkandung di dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Othman, Ali atau Muawiyah atau Hadith-Hadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang menyokong salah satu dari tokoh yang tiga tadi, bahkan mereka juga menolak segala Hadith, pendapat dan fatwa-fatwa orang yang mereka setuju dan menerima fikiran dan fatwa ulama’-ulama’ mereka sahaja. Dengan ini golongan Khawarij mempunyai hukum-hukum Fiqah mereka yang tersendiri.
Golongan Syiah juga menolak banyak Hadith-Hadith yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang ramai dan menolak pendapat fatwa-fatwa mereka. Tiap-tiap puak Syiah ini hanya berpegang kepada Hadih-Hadith yang diriwayatkan oleh imam-imam mereka sahaja. Dengan sebab ini, puak Syiah mempunyai hukum Fiqah mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai berbagai-bagai kitab-kitab Fiqah yang tercetak yang tidak terhingga bilangannya.
Golongan orang ramai atau Ahli Sunnah wal Jamaah bersikap menerima tiap-tiap Hadith yang benar diriwayatkan oleh orang-orang yang dipercayai dan jujur tanpa membezakan satu sahabat dengan sahabat yang lain. Mereka selanjutnya berpegang dengan fatwa-fatwa dan pendapat pendapat semua sahabat. Dengan sebab ini, hukum-hukum mereka tidak sama dengan golongan Khawarij dan Syiah didalam berbagai-bagai masalah seperti pusaka, wasiat dan dalam setengah-setengah peraturan nikah kahwin dan sebagainya.
4. menerangkan dan menafsirkan nas-nas yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah tugas yang dipikul oleh para ulama dikalangan para sahabat.
a) bincangkan keistimewaan yang terdapat pada mereka.
= para sahabat ini telah lama bersahabat dengan Rasulullah dan mereka mengetahui cara Rasulullah mengeluarkan atau menafsirkan hukum. Para sahabat juga mempunyai kelebihan dalam menghafaz al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah, bahkan ada antara mereka menyaksikan sebab-sebab turunnya ayat al-Quran dan datangnya Hadith. Banyak pula antara mereka menjadi ahli perundingan dan permesyuaratan Rasulullah ketika melaksanakan ijtihadnya. Dengan kelebihan dan keistimewaan ini mereka mencapai kelayakkan untuk menerangkan dan menafsiran nas-nas dan menjadi tempat pertanyaan orang-orang Islam.
b) apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada tugas tersebut?
= ini adalah kerana adanya diantara mereka terdapat golongan awam yang tidak dapat mengerti nas-nas hukum itu kecuali dengan perantaraan orang-orang yang boleh memberi faham kepada mereka.
Faktor yang kedua ialah butir-butir undang-undang yang asasi ini belum tersebar luas kepada orang-orang Islam dizaman itu sehingga dapat diketahui oleh orang dari mereka, kerana nas-nas Quran pada permulaan zaman ini hanya ditulis di atas lembaran-lembaran khas dan disimpan dirumah sahabat Rasulullah, sedangkan Hadith pula sama sekali tidak ditulis dizaman itu.
Sebab yang ketiga ialah hukum-hukum yang berhubung dengan kejadian di zaman itu ialah hukum-hukum yang berhubung dengan kejadian yang berlaku di zaman itu sahaja, yang mana tidak ada hukum-hukum yang diperundangkan untuk kejadian-kejadian andaian atau kejadian-kejadian yang dikira mungkin berlaku.
5. Al-Quran adalah sumber hukum yang utama bagi perundangan Islam. Bincangkan kenyataan ini dengan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan al-Quran itu dikumpulkan dan dituliskan menjadi satu mushaf.
= Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah. Tindakan pertama Khalifah Abu Bakar setelah menerima jawatan tersebut ialah memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat, nabi palsu dan golongan murtad. Dalam peperangan itu, kira-kira 70 orang para sahabat yang menghafal al-Quran telah gugur syahid. Kejadian itu mencetuskan kebimbangan dalam diri Saiyidina Umar akan kemungkinan hilangnya al-Quran disebabkan kematian para penghafalnya. Oleh itu Saiyidina Umar pun mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan kedalam satu mushaf yang teratur ayat dan surahnya.
6. bincangkan sebab-sebab mengapa Hadith tidak dibukukan dalam zaman Khulafa al-Rasyidin dan jelaskan kesan-kesan dari kelambatan itu.
= Hadith-Hadith tidak dibukukan pada zaman ini kerana ditakuti akan membawa kesamaran di antara Hadith dan al-Quran. Oleh kerana Hadith ini lambat dibukukan, ia telah membawa kesan terhadap aktiviti pembukuan Hadith. Yang pertama, para ulama terpaksa mengorbankan tenaga yang besar dalam menyelidikin pemberita-pemberita Hadith dan darjat-darjat kepercayaan yang boleh diberi kepada nmereka dan menyebabkan Hadith-Hadith itu terbahagi kepada Hadith yang diyakini kebenarannya dan hadith yang difikir benarnya.
Kesan yang keduan ialah sebab Hadith-Hadith itu tidak dibuku, maka orang-orang Islam tidak sepakat pegangan mereka pada satu himpunan Hadith sebagaimana sepakatan mereka dalam berpegang pada al-Quran. Dengan sebab ini, timbullah pindaan, penambahan dan pengurangan kepada Hadith-Hadith; adakah boleh dijadikan hujah dan sumber perundangan atau tidak.
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
boleh saya tahu tuan mendapat rujukan ini dari kitab mana?
Post a Comment