Seorang Hamba Allah pernah bertanya kepada saya, namun kerana jahilnya ilmu pengetahuan dan sempitnya pandangan saya, saya tidak mampu untuk memberi jawapan yang bernas untuk soalan-soalan beliau. Oleh itu saya tuliskan di sini beberapa pertanyaan beliau (yang juga telah memomoki fikiran saya) dengan harapan ada insan yang lebih arif dan pandai dari saya untuk menyedekahi sedikit pendapat atau jawapan bagi soalan-soalan ini.
1. apa dia Tarekat, Tabligh, Akram? Setahu saya, itu juga adalah Islam. Adakah salah jika mempelajarinya? Sejauh mana terpesongnya amalan itu jika ia adalah amalan yang salah? Kenapa masih ada umat Islam yang mengamalkannya? Berpakaian purdah (menutup muka kecuali mata) didakwa mengikut ajaran Akram dan sebahagian daripada orang-orang yang warak tidak menggalakkan memakai purdah. Adaka berpurdah itu salah?
2. dari apa yang saya pelajari sedari kecil, membunuh diri adalah perbuatan yang berdosa dan tidak diterima bumi. Jika semasa hayatnya, ia dikenali sebagai orang yang sembahyang penuh malah rajin mengerjakan sembahyang sunat, suka bersedekah, secara ringkasnya, seorang yang amat baik, tapi dia dilanda masalah yang amat sukar sehingga dia memutuskan untuk mencabut nyawanya sendiri, apakah Allah tidak akan mengira semua pahalanya dan dia tidak akan masuk ke dalam Syurga? Bukankah Allah yang menentukan hidup mati seseorang? Jika Allah mahu dia terus hidup mencari pahala, Allah tidak akan membiarkan dia mati walau bagaimanapun percubaannya membunuh diri. Tapi jika Allah lebih sayangkan dia, Allah akan mengambil nyawanya bila-bila masa sekalipun dia tidak mahu mati. Adakah masih boleh dikatakan membunuh diri seseorang itu jika dilihat pada kenyataan bahawa Allah yang menentukan ajal seseorang? Bukankah, jika seseorang mati dalam percubaannya membunuh diri, itu adalah kehendak Tuhan juga?
3. apa hukumnya mencaci Jesus kerana menegakkan agama Islam? Saya pernah terbaca di sebuah web dimana orang Islam dan Kristian saling mencaci-maki agama lain untuk mempertahankan agam sendiri. Kenapa agama Islam amat tidak menyukai Yahudi dan Yahudi juga mencari jalan untuk memusnahkan agama Islam?
4. saya mempunyai siaran Indonesia di rumah iaitu Parabola. Semasa bulan Ramadhan lepas, saya telah menyaksikan upacara ‘menyucikan diri’ yang dilakukan oleh orang-orang Islam disana dengan cara menaiki ‘Gunung Suci’. Semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha, mereka telah membuat patung binatang-binatang korban dan berarak dijalanan. Ada juga pernah saya saksikan orang-orang Islam disana memberi makanan kepada Dewa Laut dengan tujuan supaya Dewa Laut akan memberkati perjalanan mereka dilaut. Apa penjelasan yang baik untuk apa yang mreka lakukan ini? Islam apakah mereka itu?
5. Sunni dan Syiah memusuhi antara satu sama lain. Apa sejarah Sunni dan Syiah ini? Kenapa mereka memusuhi antara satu sama lain? Kita di Negara Brunei Darussalam ini termasuk dalam puak mana? Sunni atau Syiah? Bagaimana pula dengan Qurdish? Adakah mereka juga Islam?
Ini adalah sedikit daripada pertanyaan yang tidak tercapai oleh akal saya untuk menjawapnya. Saya harap, respon-respon yang akan diberikan akan menolong saya untuk memahami kemusykilan ini.
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
1. Tarekat ada yg baek ada yg ga baek hingga ga peduli dunia. Trus pake cadar ga wajib. ga perlu dipersoalkan.
2. Allah tidak akan memberikan coba'an kecuali sekemampuan hambanya. Yang membuat kita memutuskan sesuatu adalah keteguhan hati kita dan hati haruslah berlandaskan agama.
3. tak boleh mencaci agama lain. sdangkan binatang (anjing) tak boleh dicaci. Lakum dinukum waliyadin
4. hal tersebut merupakan tradisi yg sudah turun tmurun dan ketika islam datang hal tersebut masih berlangsung, most of them yg melakukan hal tersebut memiliki landasan/pengetahuan agama yg kurang.
5. Sunni dan Syiah, seperti halnya di Indonesia memperebutkan kekuasaan di gereja antara marga panjaitan dan nababan. Menurut saya syiah jelas2 salah, krena tak mengakui Muhammad sbagai rasul dan hanya mengakui Ali.
Post a Comment