Soalan: watak Hasan dalam novel Atheis adalah atheis. Bahaskan.
Watak Hasan dalam novel Atheis sewaktu kecilnya mendapat didikan agama secara orthodok dari orang tuanya dengan mengaji dan membaca al-Quran. Hasan taat dengan perintah agama Islam kerana takutkan balasan atas perbuatan jahat iaitu masuk neraka seperti cerita-cerita tentang neraka dan syurga yang pernah didengarnya melalui ibu, babu dan Siti, pengasuhnya. Sewaktu kecilnya juga dia digelar kiyai kecil kerana kealmannya.
Bagaimana pun, setelah Hasan bertemu semula dengan Rusli, kawan sekolah dan sekampungnya, dan berkenalan dengan Kartini, adik angkat Rusli yang seiras dengan Rukmini, bekas kekasih yang amat dicintainya, dan seterusnya berkenalan dengan Anwar, kawan Rusli, seorang seniman anarkis dari Jakarta, Hasan telah berubah menjadi lalai dan mengabaikan perintah agama. Pergaulannya dengan Rusli, kartini an Anwar yang atheis itu menyebabkan dia termasuk dalam golongan orang-orang atheis, dan gaya hidupnya seperti golongan tersebut. Ini diakui sendiri oleh Hasan dalam Bab X,
“.. keretapi merayap-rayap, seakan-akan segan ditumpangi oleh orang-orang atheis seperti kami...” dan
“.. seolah-olah aku sudah menjadi atheis pula. Atheis mutlah seperti kedua orang kawanku itu..”
Setelah perkahwinannya dengan Kartini gagal, dia sedar dan insaf bahawa dia telah disesatkan Rusli dan Anwar, kedua kawannya yang atheis itu. Perkenalannya dengan Kartini dan pengaruh Anwar yang kukuh telah menyebabkan dia berpisah dengan orang tuanya. Pada Bab XII, Hasan berkali-kali beristighfar iaitu memphon ampun kepada Tuhan dan kemudian membisik “Alhamdulilah” dalam hatinya yang bermaksud dia bersyukur kepada Tuhan kerana dia hanya membunuh Anwar dalam mimpinya sahaja. Dia bersyukur kerana dosanya yang sudah berat itu tidak bertambah berat, khususnya dosa kerana telah mengabaikan segala perintah Allah. Dia juga berdoa kepada Tuhan agar dosa-dosanya diampunkan. Bila Hasan teringat kembali cerita-cerita tentang neraka, dia menggigil. Hasan gementar menghadapi hari-hari kematiannya yang dirasakannya semakin hampir bertepatan penyakit batuk keringnya sudah semakin teruk.
Dalam bab XIII pula, Hasan marah bila pengarang yang baru saja selasai membaca naskahnya mengatakan da sebagai dia sebagai seorang atheis. Hasan menegaskan kepada pengarang dia bukan atheis dan tidak pernah menjadi atheis dengan alasan dia takut neraka dan percaya bahawa neraka itu ada. Mempercayai neraka itu ada bermakna percaya adanya Tuhan kerana neraka adalah satu tempat yang dicipta oleh Tuhan untuk orang-orang yang melakukan dosa atau kejahatan.
Dalam bab terakhir iaitu bab XV, ketika Hasab berada dalam lubang perlindungan sewaktu perintah berkurung, Hasan takut mati. Dia berdoa kepada Tuhan supaya penyakitnya cepat sembuh dan selamat dari terkena bom. Hasan juga bertasbih memuji-muji Rasul dan Tuhan. Pada akhir bab ini juga Hasan melepaskan kata-kata “Allahu Akhbar” ketika endak pengsan setelah ditembak polis tentera Jepun kerana tidak menghiraukan amaran perintah berkurung.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa watak Hasab dalam novel Atheis bukanlah atheis. Dia hanya berubah dari alim kepada seolah-olah atheis kerana terlalu mencintai Kartini. Hasan juga dilanda kebingungan dalam soal agama kerana dia tidak berupaya untuk membalas hujah-hujah kukuh tokoh-tokoh atheis seperti Anwar dan Rusli. Ini adalah akibat daripada didikan agama yang tidak cukup kuat yang diperolehi dari kedua orang tuanya. Hasan telah cuba untuk kembali menghayati agama Islam namun dia tidak sempat kerana ajalnya telah pun tiba.
Saturday, December 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment