Tuesday, September 9, 2008

Sahabat-Sahabat Agung

(i) Zaid bin Tsabit

= nama penuh zaid ialah Abu Said bin Thabit al Dhahhak al Najjari al Ansari. Beliau telah menghafal enam belas surah semasa berumur 11 tahun. Zaid dilahirkan di madinah sebelum Nabi berhijrah, iaitu bersamaan dengan 611 m. Dari segi ketenteraan, Zaid pernah mengikuti peperangan Khandak dan peperangan-peperangan yang lain selepasnya.

Zaid adalah seorang pemuka sahabat yang terkenal sebagai penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah sama ada surat rasmi atau lainnya (boleh dikatakan sebagai setiausaha tetap kepada Rasulullah s.a.w). Zaid dapat memahami bahasa masyarakat Yahudi. Beliau juga mempelajari bahasa Suryani dalam masa 18 hari dan bahasa Ibrani (bahasa yahudi) dalam masa 15 hari.

Zaid telah banyak berjasa terhadap pembangunan dan kemajuan Islam. Diantara yang paling terbesar ialah usaha pengumpulan, penulisan dan pembukuan mushaf al-Quran semasa perintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan juga khalifah Uthman.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar as Siddiq, Zaid telah dilantik sebagai penulis dan pengumpul al-Quran untuk di salin semula untuk dibukukan menjadi sebuah mushaf. Dalam zaman khalifah Uthman bin affan, Zaid pernah dilantik sebagai ketua kepada komiti atau jawatankuasa penulis dan pengumpul al-quran untuk disalin kembali bagi tujuan penyelarasan dari sudut tulisan dan bacaan. Zaid bin Tsabit wafat pada tahun 45 Hijrah bersamaan tahun 665 M dalam usia 56 tahun.

(ii) Muaz bin Jabal.

= beliau ialah abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal bin amir bin ‘Aus al-Ansari al-Khazraji. Muaz dilahirkan 20 tahun sebelum berlakunya hijrah iaitu bersamaan dengan 603M. Beliau adalah seorang sahabat yang hafaz al-Quran, malah pntar dan mahir terutama dalam bidang ilmu pengetahuan sepertu ilmu Fiqah, Hadith dan tafsir. Dalam tahun 10H, Rasulullah s.a.w telah mengutus beliau beliau Yaman supaya menjadi mufti dan gabenor serta berdakwah untuk penduduk disitu.

Semasa hayatnya, Muaz telah telah banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam Islam terutama dalam menegakkan dan mengembangkan syi’ar Islam. Selain daripada bertindak sebagai salah seorang penulis wahyu dan penghafal al-quran, Muaz juga meriwayatkan hadith. Muaz wafat di pinggir Jordan iaitu kampun yang bernama ‘Amuas dan jenazahnya telah dikebumikan di Ghurbistan pada tahun 18H bersamaan 639H.

(iii) Abdullah bin Mas’oud

=nama beliau ialah Abu Abdul Rahmad Abdullah bin Mas’oud Gharil al-Huzali. Beliau meriawaytkan hadith daripada Rasulullah s.a.w sebanyak 840 hadith, 64 daripadanya dipersetujui oleh Bukhari dan Muslim, 21 daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari dan 35 hadith diriwayatkan oleh Muslim secara berasingan. Beliau turut dianggap sebagai orang yang matang dalam memberikan fatwa dan alim di dalam al-Quran dan Fiqah.

Ibnui Mas’oud telah dilantik menjadi pengerusi baitul Mal di Kufah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dan Uthman. Semasa akhir hayatnya, beliau berpindah semula ke Madinah dan wafat disana kira-kira dalam tahun 32 H, 653 M dalam masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

(iv) Abdullah bin Umar.

= beliau ialah Abdullah bin Umar bin al-Khattab Al-Adwi alQuraisy. Beliau adalah salah seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan Nabi Muhammad. Beliau juga merupakan seorang yang banyak beribadat, zuhud, berjihad dan mendahulukan perkara akhirat.

Ibnu Umar merupakan seorang yang mahir dalam bidang Fiqh dan Hadith. Beliau termasuk dalam golongan enam orang yang terbanyak meriwayatkan hadith Rasulullah iaitu sebanyak 1630 hadith.

Beliau pernah menyertai peperangan Khandak bersama Rasulullah dan berberapa peperangan lain selepas itu. Beliau pernah dijadikan sebagai salah seorang anggota Syura namun tidak dibenarkan oleh Khaliofah Umar. Abdullah bin Umar wafat di Mekah selepas menunaikan fardhu Haji dalam tahun 73 H bersamaan dengan 695 M ketika berusia 84 tahun.

No comments: