Monday, October 6, 2008

Permasalahn-permasalahan Tambahan

APAKAH PERBEZAAN ANTARA WASIAT DAN FARAID DAN SIAPA YG PATUT MENERIMA WASIAT DAN FARAID.


1. Wasiat ialah pesanan atau satu kebajikan yang harus ditunaikan sesudah seseorang itu meninggal dunia. Manakala faraidh pula ialah pembahagian harta mengikuT kadar yang telah ditentukan oleh syarak daripada harta benda peninggalan si mati kepada mereka yang berhak menerimanya.
2. Orang yang berhak dan layak menerima wasiat dan faraidh ialah ahli keluarga yang terdekat..


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RIBA' AN-NASIAH DAN RIBA AL-FADL DAN SEJAUH MANA PENGHAPUSAN RIBA INI AKAN MENGHAPUSKAN PENINDASAN TERHADAP INDIVIDU YANG LEMAH ?


Maksud riba' an-Nasiah iaitu riba' yang dibayar lebih kerana terlambat membayarannya. Manakala riba' al-Fadl ialah riba' yang dibayar lebih kepada satu pihak melalui proses penukaran . Contohnya segantang beras mahsuri ditukar dengan satu gantang setengah beras yang lain.

Riba' merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, pemikirannya sentiasa runsing kerana memikirkan tentang bagaimana dia hendak bayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat membayarnya. manakala penerima riba' bertambah kaya dan senang..


adakah perancangan kehamilan dibenarkan dalam islam dan bagaimanakah caranya yg dibenarkan perancangan kehamilan yg dibenarkan.


1. Merancang dan menyusun keluarga (Tanzim al-Usrah) adalah harus tetapi menghadkan bilangan anak (Tahdid al-Nasal) adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak atau mendapat nasihat dari doktor pakar.
2. Cara menyusun kehamilan tersebut adalah mengikut kesesuaian seseorang setelah membuat perbincangan dengan doktor pakar Islam dan mendapat pengesyoran daripadanya..

Adakah berdosa sekiranya seorang muslim melakukan pengguguran atau abortion?

Melakukan pengguguran tanpa sebab yang dibolehkan syara' adalah haram . Tetapi sekiranya penguguran itu dilakukan atas nasihat doktor pakar Islam yang adil kerana masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa ibu, ia adalah diharuskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan li'an ?

Li'an bermaksud seseorang suami menuduh isterinya berzina dengan menggunakan kalimat sumpah yang dimulakan dengan nama Allah seperti Wallahi, Wabillahi dan watawallahi dengan mengatakan bahawa isterinya benar-benar telah berzina. Pengakuan ini dilakukan dihadapan orang ramai atau di masjid selepas Jumaat misalnya. Orang yang telah meli'an isterinya dia tidak boleh hidup semula sebagai suami isteri.


Bagi anak luar nikah, siapakah saudara-saudara yang tidak boleh dikahwini olehnya?

Saudara-saudara yang tidak boleh dikahwini oleh anak luar nikah ialah:1. Adik beradik sebelah ibu2. Suami kepada ibunya dan ke atas3. Anak kepada ibunya dan ke bawah