Monday, October 6, 2008

Notes Ringkas. Ringkas seringkas ringkasnya.

Perempuan yang haram dikahwini

a)Haram Kekal (selamanya)
-Haram kerana hubungan nasab
-Keturunan sebelah atas seperti ibu, nenek ke atas
-Keturunan setara seperi saudara, anak saudara perempuan ke bawah
-Keturunan setara daripada datuk nenek seperti emak saudara sebelah ibu atau bapa

-)Haram kerana pertalian perkahwinan (persemendaan)
-Anak dari isteri yang sudah disetubuhi
-Keturunan Isteri seperti ibu mertua ke atas
-Isteri kepada anak lelaki seperti anak menantu
-Isteri kepada ayah (ibu tiri, nenek tiri)

-)Haram kerana susuan
-Ibu susuan ke atas
-Saudara sesuan ke bawah
-Keturunan setara dari kedua orang tua seperti emak saudarab)

Haram Sementara
-Melakukan poligami dua saudara perempuan
-Melakukan poligami lebih dari empat
-Kahwini perempuan kafir
-Perempuan di talak tiga
-Perempuan dalam idah

Mahar / Mas kahwin

-Merupakan suatu pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang ringgit atau harta benda Dan diserahkan kepada kemampuan suami dengan keredhaan isteri dan merupakan penghormatan suami kepada isteri

Firman Allah S.W.T :
Makna : Dan berilah kepada perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib"(Surah An-Nisa' :4)

Kewajipan dan Tangungjawab Suami Isteri

Kewajipan Suami Terhadap Isteri
-Mengawal Isterinya dengan baik, menjalankan keadilan
-Menyempurnakan nafkah kepada isteri
-Memberi pengetahuan dan pembelajaran hukum islam (fardhu ain)
-Berlaku adil terhadap isteri-isterinya
-Memberi layanan dan menunjuk budi pekerti yang baiki

Kewajipan isteri terhadap suami
-Memberi layanan dan taat kepada suami
-Memelihara kesucian diri sepanjang masa
-Membuat sesuatu perkara yg besar dan mustahak dengan izin suami(solat sunat, keluar rumah)
-Wajib menyempurnakan kemahuan suami yang halal bila-bila masa
-menunjukkan perasaan baik dan menghotmati

Maksub sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Ummu Salamah telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda :
Mana-mana perempuan yang mati walhal suaminya puashati (rela) terhadapnya nescaya masuk syurga"(Riwayat Al-Tarmizi dan Ibn Majah)

Penceraian ( Talak )

Bermaksud melepaskan ikatan perkahwinannya

Hukum Talak
-Makruh :Hukum asal
-Wajib : terjadi perselisihan suami isteri dan dua hakim yang menguruskannya memandang perlu keduanya berserai
-Sunat :Suami tidak sanggup memberi nafkah dengan cukup dan isteri tidak mengawal maruah dan kehormatan diri
-Haram : Menjatuhkan talak ketika isteri dalam haidi

Rukun Talak
- Orang yang menceraikan
- Orang yang diseraikan
- Perkataan cerai Perkataan terang / jelas tidak perlunya niat (Perkataan tidak jelas atau sindiran perlu niat)

Khulu' (Tebus Talak)

-Tebus talak bermaksud talak yang diucapkan suami dengan pembayaran dari pihak isteri kepada suaminya.
-Boleh dilakukan dalam suci atau haid
-Bekas suami tidak boleh rujuk kembali / tambah talak tetapi dengan akad baru

Idah

Idah bermaksud Suatu masa rehat yang tetrentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami

Firman Allah S.W.T :
Makna : Perempuan-perempuan yang diceraikan itu wajiblah ia beridah selama tiga kali suci"(Surah Al-Baqarah :228)

-Hikmahnya
-Menentukan dan meyakinkan rahimnya suci dari benih suaminya
-menunjukkan kedukaan dan kehormatan kepada suaminya
-Untuk memberi peluang keduanya berbaik-baik selain cerai talak tiga

-Tempoh Idah

-Perempuan mengandung sehingga melahirkan anak
-Perempuan hingga tiga kali suci
-Prempuan telah putus haid sehingga tiga bulan

-Hak Perempuan dalam Idah
-Perempuan dalam iadah raj'iah berhak tempat tinggal dan perbelanjaan
-Perempuan talak tiga tidak mengandung berhak mendapat tempat tinggal sahaja
-Perempuan talak tiga dan mengandung berhak tempat tinggal dan perbelanjaan
-Penceraian akibat kematian hanya hak tempat tinggal sahaja

No comments: