Wednesday, September 24, 2008

Nikah, Wali.

Aku nada jawap soalan past year utk munakahat sama muamalat sal cigu ada bagi buku damit tuu... yang usul fiqh sama sejarah tu batah dah ku buat tuu.. dri last year.. mun kn jawap mcm essay tu, nda sampat ne.. nda gi batah kn exam.. so aku buat points saja ne ahh... yang penting sja.. atleast dapat help sikit2x..

Nikah kahwin
Ta’rifnya dari segi bahasa ialah kumpul, himpun, cantum. Manakala dari segi istilah ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan (ijma’, wathi, atau dukhul) dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya.

Dalil nikah ialah Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud, “ maka kahwinilah oleh kamu perempuan yang baik bagi kamu, dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu takutkan tidak dapat berlaku ‘adil, kahwinilah seorang sahaja.”

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, yang bermaksud, “ nikah itu sunnahku, maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunnahku bukanlah ia dari golonganku.”

Hukum nikah pada asalnya ialah harus mengikut pandangan jumhur ulama. Walaubagaimanapun, hukum tersebut boleh berubah mengikut keadaan dan situasi. Nikah boleh menjadi sunat jika lelaki itu berkemampuan dan berkelayakan. Dia juga berkeinginan untuk berkahwin dan mempunyai perbelanjaan yang cukup serta berkemampuan menjalankan tanggungjawap rumahtangga.
Nikah menjadi wajib jika seseorang itu yakin akan terjerumus ke lembah perzinaan jika dia tidak berkahwin, mampu mengadakan perbelanjaan seperti mahar, nafkah dan mampu memenuhi hak dan tanggungjawap dalam perkahwinan.
Nikah menjadi makruh jika seseorang itu takut berlaku perkara-perkara yang dianggap zalim atau jahat kepada bakal isterinya tetapi tidaklah dalam perasaan yakin atau pasti akan berlaku meskipun dia terdiri dari kalangan orang-orang yang agak kurang kemampuan nafkah. Nikah juga makruh terhadap orang yang menghidap penyakit yang berpanjangan, lemah dan tidak berupaya kerana usia terlalu tua, lemah tenaga batin atau terlalu kuat beribadat sehingga merasakan ia sanggup mengekang nafsunya.
Nikah menjadi haram jika seseorang itu terdiri daripada orang-orang yang berkeyakinan tidak akan dapat kewajipannya sebagai seorang suami, yakin berlakunya penganiayaan dan kemudharatan kepada perempuan yang bakal dikahwininya atau tidak dapat berlaku adil sekiranya dia berpoligami.

Hikmat perkahwinan adalah seperti berikut:
1. perkahwinan adalah untuk mengelakkan dari sebarang penyakit yang merbahaya, berjangkit dan boleh memudharatkan kesihatan tubuh badan.
2. untuk memenuhi fitrah semulajadi manusia.
3. untuk membiakkan keturunan manusia iaitu dengan melahirkan zuriat-zuriat sebagai penyambung keturunan.
4. untuk mengeratkan tali persaudaraan di dalam masyarakat.
5. untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menjauhi zina dengan adanya ikatan yang halal.

Rukun nikah ada 5 iaitu calon suami, calon isteri, dua orang saksi, wali dan sighah (lafaz ijab dan qabul).

Wali ertinya pemelihara atau penjaga yang bertanggungjawap terhadap perempuan yang dinikahkan.

Susunan wali nasab (keturunan) adalah seperti berikut:
1. bapa
2. datuk
3. saudara lelaki seibu sebapa (adik lelaki atau abang kandung)
4. saudara lelaki sebapa (adik lelaki atau abang sebapa)
5. anak saudara lelaki seibu sebapa hingga kebawah. (anak abang atau adik kandung perempuan itu)
6. anak saudara lelaki sebapa. (anak abang atau adik sebapa perempuan itu)
7. bapa saudara seibu sebapa hingga keatas
8. bapa saudara sebapa hingga keatas.
9. anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga kebawah
10. anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga kebawah.

jenis-jenis wali ada dua iaitu wali mujbir dan wali bukan mujbir.
Wali mujbir ialah bapa atau datuk (bapa kepada bapa : di Brunei, tani manggil nini laki ne..) sekiranya bapa sudah tidak ada.
Wali bukan mujbir ialah wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau perkahwinan itu bukan diwalikan oleh bapa atau datuk walaupun yang berkahwin adalah anak dara. (maksud ANAK DARA ialah perempuan yang pernah bersuami sama ada dia dicerai atau kematian suami, BUKAN perempuan yang sudah ‘ditebuk tupai’.. mun paham bisaiii...)

Wali yang dekat dengan perempuan itu dipanggil wali aqrab dan wali yang jauh ialah wali ab’ad. Apabila tiada wali nasab, kuasa wali akan berpindah kepada wali hakim.

Wali mujbir boleh menikahkan perempuan itu tanpa izin perempuan itu sendiri dengan syarat,
1. tidak ada permusuhan diantara bakal suami dan bakal isteri dengan walinya.
2. tidak ada permusuhan antara calon suami dengan calon isteri.
3. kufu (setaraf) diantara bakal suami dengan bakal isteri.
4. bakal suami sanggup membayar mahar (mas kahwin) itu dengan tunai.
Tambahan:
5. hendaklah mahar (mas kahwin) itu setanding dengan mahar mithil.
6.mahar (mas kahwin) itu hendaklah terdiri daripada mata wang yang digunakan dalam negeri.
7. bakal suami itu bukan dari kalangan orang yang menyusahkan bakal isterinya seperti orang buta atau terlalu tua.
Jika 4 syarat yang awal dapat dipenuhi tetapi 3 syarat yang kemudian tidak dapat dipenuhi, hukum pernikahan itu tetap sah tetapi walinya berdosa.

Sebab-sebab perpindahan wali aqrab kepada wali abad ialah
1. wali masih kafir.
2. wali yang fasiq
3. wali masih budak.
4. wali bisu atau pekak.
5. wali bodoh
6. wali gila.
7. wali masih hamba.

Sebab-sebab perpindahan wali aqrab kepada wali nasab:
1. tiada wali nasab
2. wali enggan nikahkan kurang 3 kali.
3. wali musafir.
4. wali dalam tahan
5. wali ghaib
6. wali dalam ihram.
7. wali bersembunyi.

Hikmat adanya wali:
1. Islam mensyariatkan wali dalam akad kerana perempuan adalah golongan yang lemah dan mesti ada pengawasan oleh mereka yang bertanggungjawap terhadapnya.
2. untuk menjaga hubungan rumahtangga dan kekeluargaan di antara seseorang anak dengan orang tuanya (kedua ibu bapanya.)

** mengapakah restu ibu bapa itu penting bagi setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga?
= 1. untuk memperolehi keberkatan hidup kerana doa dan restu ibu bapa dimakbulkan oleh Allah.
2. menjamin kebahagiaan hidup yang berkekalan.
3. supaya dapat meminta nasihat an pandangan apabila terjadi perselisihan dalam perkahwinan.
4. supaya tidak disisihkan oleh keluarga jika berlaku penceraian.

No comments: