Wednesday, September 24, 2008

Mahar, Mut'ah, Nusyuz.

Mahar
Dari segi bahasa, mahar ialah mas kahwin, pemberian. Manakala dari segi istilah syara’ pula, mahar bermaksud suatu jenis pemberian yang wajib dari seorang suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. Hukum mahar ialah wajib keatas seorang suami untuk menjelaskan kepada perempuan yang telah dikahwininya.

Dalil mewajibkan mahar ialah:
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“ carilah untuk dijadikan mas kahwin walau sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Jenis mahar terbahagi kepada dua iaitu mahar mithil dan mahar musamma.
Mahar mithil ialah mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin terlebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarga yang paling dekat sekali. Kadar, jenis dan cara pembayarannya tidak ditetapkan di dalam akad tetapi ia dibayar berdasarkan kepada kadar mas kahwin yang diterima oleh keluarga dan kerabat isteri.
Mahar musamma ialah mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu. Mahar musamma hendaklah disebut di dalam akad dan diketahui kadarnya melalui persetujuan kedua belah pihak.

Syarat-syarat bagi mahar.
Apa saja yang boleh dijadikan mas kahwin, sama ada boleh dari bentuk barang atau harta benda, pekerjaan, kemahiran termasuk sebarang manfaat yang boleh mendatangkan hasil, apabila ia memenuhi syarat-syarat berikut:
1. hendaklah ia diambil dari barang atau benda yang suci atau pekerjaan yang bermanfaat.
2. mahar yang diberikan adalah hak milik suami, maksudnya kepunyaan suami pada asalnya, bukannya suatu yang dipinjamnya daripada orang lain, barang sewaan, gadaian dan sebagainya.
3. mampu menyerahkan kepada isteri. Mahar adalah tidak sah jika benda atau barang sedang dalam rampasan orang dan suami tidak mampu menyerahkannya kepada isteri.
4. diketahui sifat dan jumlahnya seperti wang tunai $300, kitab suci al-Quran, mengajarkan membaca surah al-Mulk dan seumpamanya.

Hikmat mahar
1. sebagai tanda kesungguhan dan keinginan suami untuk melindungi dan menjaga wanita yang dinikahinya.
2. melindungi kehormatan wanita itu dari sikap suka mengumpulkan harta.
3. untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada isteri.
4. menunjukkan bahawa suami berkeupayaan untuk menghadapi pernikahan dan mampu menyediakan segala yang diperlukan oleh wanita tersebut yang berupa pakaian dan nafkah.
5. untuk menzahirkan ketulusan dan keikhlasan para suami dengan pergaulan yang mulia yang mulia yang dibina atas kehidupan berumahtangga yang mulia juga.

Mut’ah

Mut’ah ialah segala bentuk saguhati yang berupa harta atau barangan bernilai yang diberikan oleh suami kepada isterinya selepas berlakunya penceraian di antara mereka. Pemberian mut’ah adalah suatu amalan yang baik dan jumhur ulama’ berpendapat ia adalah disunatkan.
Mengikut pendapat Imam Syafi’ie, pemberian mut’ah adalah wajib terhadap suami kepada bekas isterinya sama ada isteri yang diceraikan sudah disetubuhi atau belum disetubuhi atau perceraian berlaku sebelum sebelum ditentukan kadar mahar, iaitu dengan mahar mithil.
Walau bagaimana pun, isteri hanya dapat menikmati dan berhak mendapat mut’ah apabila perceraian antara mereka berlaku bukan atas dasar tebus talaq atau khulu’.

Nusyuz
Dari segi bahasa, nusyuz bermaksud ingkar atau derhaka. Dari segi istilah syara’, nusyuz ialah suatu tindakan yang dilakukn oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syara’. Tindakan itu sama ada berupa perkataan atau perlakuan, tingkah laku, gerak geri yang dengan mudah disebut sebagai derhaka.

Nusyuz hukumnya haram jika tidak ada sebab-sebab munasabah yang dibenarkan oleh syara’ kerana perbuatan nusyuz ini adalah bertentangan dengan tanggunjawap isteri kepada suami (hak bagi suami).

Tanda-tanda isteri nusyuz adalah seperti berikut:
1. tidak melayan kehendak suami tanpa uzur syarie
2. enggan mendengar nasihat suami.
3. tidak memperdulikan hal ehwal rumah tangga.
4. tidak menhiraukan anak-anak.
5. berlaku curang.
6. keluar rumah tanpa izin suami.
7. membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah tanpa izin suami.
8. bermuka masam dan bercakap kasar.
9. queen control.

Langkah-langkah menghadapi isteri yang nusyuz adalah mengikut susunan berikut.
1. menegur dan menasihati isteri dengan cara lembut.
2. mendapatkan khidmat nasihat dari pihak keluarga terdekat atau melalui kaunselor.
3. meninggalkan tempat tidur (tidak bersama isteri)
4. memukul isteri dengan cara LEMBUT (tidak sampai ke tahap penderaan)
5. melaporkan kepada qadhi untuk mendapatkan masihat dan penerangan.
6. suami harus menjatuhkan talaq satu ataupun melalui qadhi.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah,amat baik skali usahamu.Modah-modahan dpt dimanfaaatkan setiap pembaca.Teruskan perjuangannya.