Sunday, December 14, 2008

Kemusykilan

Seorang Hamba Allah pernah bertanya kepada saya, namun kerana jahilnya ilmu pengetahuan dan sempitnya pandangan saya, saya tidak mampu untuk memberi jawapan yang bernas untuk soalan-soalan beliau. Oleh itu saya tuliskan di sini beberapa pertanyaan beliau (yang juga telah memomoki fikiran saya) dengan harapan ada insan yang lebih arif dan pandai dari saya untuk menyedekahi sedikit pendapat atau jawapan bagi soalan-soalan ini.

1. apa dia Tarekat, Tabligh, Akram? Setahu saya, itu juga adalah Islam. Adakah salah jika mempelajarinya? Sejauh mana terpesongnya amalan itu jika ia adalah amalan yang salah? Kenapa masih ada umat Islam yang mengamalkannya? Berpakaian purdah (menutup muka kecuali mata) didakwa mengikut ajaran Akram dan sebahagian daripada orang-orang yang warak tidak menggalakkan memakai purdah. Adaka berpurdah itu salah?

2. dari apa yang saya pelajari sedari kecil, membunuh diri adalah perbuatan yang berdosa dan tidak diterima bumi. Jika semasa hayatnya, ia dikenali sebagai orang yang sembahyang penuh malah rajin mengerjakan sembahyang sunat, suka bersedekah, secara ringkasnya, seorang yang amat baik, tapi dia dilanda masalah yang amat sukar sehingga dia memutuskan untuk mencabut nyawanya sendiri, apakah Allah tidak akan mengira semua pahalanya dan dia tidak akan masuk ke dalam Syurga? Bukankah Allah yang menentukan hidup mati seseorang? Jika Allah mahu dia terus hidup mencari pahala, Allah tidak akan membiarkan dia mati walau bagaimanapun percubaannya membunuh diri. Tapi jika Allah lebih sayangkan dia, Allah akan mengambil nyawanya bila-bila masa sekalipun dia tidak mahu mati. Adakah masih boleh dikatakan membunuh diri seseorang itu jika dilihat pada kenyataan bahawa Allah yang menentukan ajal seseorang? Bukankah, jika seseorang mati dalam percubaannya membunuh diri, itu adalah kehendak Tuhan juga?

3. apa hukumnya mencaci Jesus kerana menegakkan agama Islam? Saya pernah terbaca di sebuah web dimana orang Islam dan Kristian saling mencaci-maki agama lain untuk mempertahankan agam sendiri. Kenapa agama Islam amat tidak menyukai Yahudi dan Yahudi juga mencari jalan untuk memusnahkan agama Islam?

4. saya mempunyai siaran Indonesia di rumah iaitu Parabola. Semasa bulan Ramadhan lepas, saya telah menyaksikan upacara ‘menyucikan diri’ yang dilakukan oleh orang-orang Islam disana dengan cara menaiki ‘Gunung Suci’. Semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha, mereka telah membuat patung binatang-binatang korban dan berarak dijalanan. Ada juga pernah saya saksikan orang-orang Islam disana memberi makanan kepada Dewa Laut dengan tujuan supaya Dewa Laut akan memberkati perjalanan mereka dilaut. Apa penjelasan yang baik untuk apa yang mreka lakukan ini? Islam apakah mereka itu?

5. Sunni dan Syiah memusuhi antara satu sama lain. Apa sejarah Sunni dan Syiah ini? Kenapa mereka memusuhi antara satu sama lain? Kita di Negara Brunei Darussalam ini termasuk dalam puak mana? Sunni atau Syiah? Bagaimana pula dengan Qurdish? Adakah mereka juga Islam?

Ini adalah sedikit daripada pertanyaan yang tidak tercapai oleh akal saya untuk menjawapnya. Saya harap, respon-respon yang akan diberikan akan menolong saya untuk memahami kemusykilan ini.

Tema Dan Persoalan Novel Atheis

Tema yang terkandung dalam novel atheis ialah moral atau pengajaran. Novel ini mengisahkan perjuangan batin seoramg pemuda Indonesia selepas bergaul dengan penganut-penganut ideologi baru.latar belakang novel ini mengisahkan masyarakat Indonesia zaman perubahan sosial dan politik sebelum Perang Dunia Kedua. Tema utamana atau mesej yang disampaikan ialah soal-soal hidup lebih penting daripada soal-soal ugama.

Tema tersebut didukung oleh watak-watak utama dalam novel ini. Hasan selaku watak terpenting selalu terumbang-ambing dalam kebimbangan sebab dia sentiasa memikirkan ugama seperti wujudnya Tuhan dan neraka. Tetapi pada pendapat pengarang, soal itu tidak boleh diselesaikan. Soal-soal hidup seperti soal-soal politk, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, ketidakadilan dan sebagainya adalah masalah yang kita harus selesaikan kerana soal-soal tersebut berada di dalam daerah kesanggupan kita.

Satu lagi persoalan timbul ialah persoalan keyakinan dalam firasat hidup iaitu persoalan menerima dan membuang nilai-nilai yang dianggap baik atau sebaliknya. Hal ini digambarkan melalui watak Hasan yang hidup semasa kecil dalam suasana pendidikan Islam yang orthodoks dan mempelajari pula aliran mistik. Setelah dewasa dia menjadi manusia yang retak dalam hidup dan keyakinan bila bertemu dengan Rusli, Anwar dan Parta yang menganut pemikiran yang berlainana tentang keagamaan. Hasan juga dilukiskan sebagai manusia yang terumbang-ambing , hilang pegangan dan hilang kekuatan untuk hidup bebas lantaran dia tidak dapat memilih nilai-nilai hidup yang lebih baik dari keyakinannya sendiri. Dengan kata lain pengarang melukiskan watak hasan sebagai seorang pesimis yang gagal, hilang semangat dan derita.

Keadaan yang terjadi pada Hasan menyebabkan dia memeluk atau menganuti sesuatu ugama tanpa suatu pertimbanan dan keyakinan yang didasarkan kepada kematangan fikiran. Segala keyakinan yang dianutinya adalah perlarian belaka. Dia menjadi pengikut mistik kerana dia kecewa tidak dapat berkahwin dengan Rukmini. Dia menjadi atheis disebabkan Kartini yang menyerupai Rukmini termasuk dalam kelompok itu. Kalau dia tidak mengikut aliran mereka, dia merasa yakin bahawa dia tidak mungkin mendapatkan Kartini. Jadi untuk mendapatkan Kartini dia terpoksa menjadi atheis dan memutuskan hubungannya dengan ayahnya sendiri. Tetapi bila dia berpisah dengan Kartini, tidak pula dia mengaku dirinya atheis. Selepas ayahnya meninggal dunia, dia tidak mempunyai apa-apa pegangan walaupun telah dicubanya untuk kembali kepada dunia ayahnya. Dalam pada itu dia pula meninggal dunia. Jadi Hasan adalah satu tokoh yang trajik.
Tema novel ini sesuai dengan anggapan pemeluk kebudayaan Jawa dan Sunda iaitu lepas dari tradisi bermakna kehancuran. Hasan mengalami kehancuran kerana dia melepaskan diri dari tradisi yang telah dibina ayahnya. Jadi persoalan yang dikemukakan pengarang dalam novel ini ialah persoalan perlepasan diri dari satu tradisi untuk masuk kedalam tradisi lain tanpa berpegang kepada suatu keyakinan, hanya perasaan belaka. Dengan kata lain, bukanlah persoalan atheis yang sebenarnya merupakan tema novel ini. Mungkin pengarang ingin memberikan pengajaran bahawa pembentukkan nilai-nilai lama dengan nilai-nilai yang berhubungan dengan soal ketuhanan memerlukan sikap kritis dari individu yang menganggapinya. Dalam konteks ini, Hasan gagal untuk membuat pilihan dan kegagalan itu menjadi simbol dari kehidupan manusia Indonesia yang mencari suatu pengertian hidup yang lebih baik bagi dirinya.

Perasaan terlalu romantik juga, boleh merosakkan seseorang. Anwar dalam novel ini sangat benci kepada romantik dan mistik. Dia menegaskan bahawa dua ‘tik’ itu telah meruntuhkan bangsa Indonesia kerana dua ‘tik’ itu membuat rakyat Indonesia lari dari dunia nyata sehingga dunia nyata itu dikuasai penjajah berabad-abad lamanya.

Saturday, December 13, 2008

Watak Hasan Dalam Novel Atheis

Soalan: watak Hasan dalam novel Atheis adalah atheis. Bahaskan.

Watak Hasan dalam novel Atheis sewaktu kecilnya mendapat didikan agama secara orthodok dari orang tuanya dengan mengaji dan membaca al-Quran. Hasan taat dengan perintah agama Islam kerana takutkan balasan atas perbuatan jahat iaitu masuk neraka seperti cerita-cerita tentang neraka dan syurga yang pernah didengarnya melalui ibu, babu dan Siti, pengasuhnya. Sewaktu kecilnya juga dia digelar kiyai kecil kerana kealmannya.

Bagaimana pun, setelah Hasan bertemu semula dengan Rusli, kawan sekolah dan sekampungnya, dan berkenalan dengan Kartini, adik angkat Rusli yang seiras dengan Rukmini, bekas kekasih yang amat dicintainya, dan seterusnya berkenalan dengan Anwar, kawan Rusli, seorang seniman anarkis dari Jakarta, Hasan telah berubah menjadi lalai dan mengabaikan perintah agama. Pergaulannya dengan Rusli, kartini an Anwar yang atheis itu menyebabkan dia termasuk dalam golongan orang-orang atheis, dan gaya hidupnya seperti golongan tersebut. Ini diakui sendiri oleh Hasan dalam Bab X,
“.. keretapi merayap-rayap, seakan-akan segan ditumpangi oleh orang-orang atheis seperti kami...” dan
“.. seolah-olah aku sudah menjadi atheis pula. Atheis mutlah seperti kedua orang kawanku itu..”

Setelah perkahwinannya dengan Kartini gagal, dia sedar dan insaf bahawa dia telah disesatkan Rusli dan Anwar, kedua kawannya yang atheis itu. Perkenalannya dengan Kartini dan pengaruh Anwar yang kukuh telah menyebabkan dia berpisah dengan orang tuanya. Pada Bab XII, Hasan berkali-kali beristighfar iaitu memphon ampun kepada Tuhan dan kemudian membisik “Alhamdulilah” dalam hatinya yang bermaksud dia bersyukur kepada Tuhan kerana dia hanya membunuh Anwar dalam mimpinya sahaja. Dia bersyukur kerana dosanya yang sudah berat itu tidak bertambah berat, khususnya dosa kerana telah mengabaikan segala perintah Allah. Dia juga berdoa kepada Tuhan agar dosa-dosanya diampunkan. Bila Hasan teringat kembali cerita-cerita tentang neraka, dia menggigil. Hasan gementar menghadapi hari-hari kematiannya yang dirasakannya semakin hampir bertepatan penyakit batuk keringnya sudah semakin teruk.

Dalam bab XIII pula, Hasan marah bila pengarang yang baru saja selasai membaca naskahnya mengatakan da sebagai dia sebagai seorang atheis. Hasan menegaskan kepada pengarang dia bukan atheis dan tidak pernah menjadi atheis dengan alasan dia takut neraka dan percaya bahawa neraka itu ada. Mempercayai neraka itu ada bermakna percaya adanya Tuhan kerana neraka adalah satu tempat yang dicipta oleh Tuhan untuk orang-orang yang melakukan dosa atau kejahatan.

Dalam bab terakhir iaitu bab XV, ketika Hasab berada dalam lubang perlindungan sewaktu perintah berkurung, Hasan takut mati. Dia berdoa kepada Tuhan supaya penyakitnya cepat sembuh dan selamat dari terkena bom. Hasan juga bertasbih memuji-muji Rasul dan Tuhan. Pada akhir bab ini juga Hasan melepaskan kata-kata “Allahu Akhbar” ketika endak pengsan setelah ditembak polis tentera Jepun kerana tidak menghiraukan amaran perintah berkurung.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa watak Hasab dalam novel Atheis bukanlah atheis. Dia hanya berubah dari alim kepada seolah-olah atheis kerana terlalu mencintai Kartini. Hasan juga dilanda kebingungan dalam soal agama kerana dia tidak berupaya untuk membalas hujah-hujah kukuh tokoh-tokoh atheis seperti Anwar dan Rusli. Ini adalah akibat daripada didikan agama yang tidak cukup kuat yang diperolehi dari kedua orang tuanya. Hasan telah cuba untuk kembali menghayati agama Islam namun dia tidak sempat kerana ajalnya telah pun tiba.

Friday, December 5, 2008

HENTIKAN PENGGUNAAN 786 SEBAGAI BISMILLAH.

Sesetengah umat Islam percaya bahawa 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم . Kepercayaan ini sangat popular terutama di India dan Pakistan sehinggakan mereka menggunakan 786 sebagai pengganti kepada kalimah Basmalah di dalam penulisan. Mereka berasalan untuk mengelakkan nama Allah atau ayat Quran ditulis di atas kertas-kertas biasa. Kononnya cara ini lebih ‘bagus’ dan lebih diredhai oleh Allah. Ada yang lebih Islamik, mereka menggunakan 786 sebagai nombor rumah, plat kereta, dan sebagainya konon untuk mendapat ‘keberkatan’.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran perkara ini? Benarkah 786 bererti kalimah Basmalah? Sekiranya benar, apakah signifikannya di dalam Islam?

Nilai Gematrika (Gematrical Values)

Terdapat dua kaedah dalam penyusunan huruf hija’iyah (huruf Arab). Kaedah pertama ialah cara susunan biasa bermula dengan Alif, Ba, Ta, Tsa dan seterusnya. Satu lagi kaedah lain disebut sebagai Abjad numeral’s method atau ordinal method. Thomas Patrick Hughes dalam kamusnya Dictionary of Islam menjelaskan makna Abjad sebagai:

"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."

Secara mudahnya, cara susunan huruf kaedah Abjad adalah seperti di jadual berikut:
Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.
Satu Bentuk Penghinaan

786 hanyalah satu nilai yang tidak membawa sebarang maksud. Sekiranya saya memberikan nombor 66, 92, 352, 296 dan 62, dengan menggunakan kaedah Abjad adakah anda mengetahui apakah maksud di sebalik nombor-nombor tersebut? Buat pengetahuan anda, nombor-nombor tersebut adalah numerical values untuk kalimah Allah, Muhammad SAW, Qur’an, Rasul dan Nabi!

Kita semua sedia maklum setiap banduan mempunyai nombor mereka yang tersendiri dan mereka lazimnya dipanggil dengan nombor tersebut. Sebagai seorang Muslim yang waras, tergamakkah kita menyamakan banduan dengan Allah dan Rasul dengan memanggil mereka dengan nombor-nombor tertentu? Bukankah satu penghinaan apabila memanggil seseorang dengan panggilan nombor? Apatah lagi menukar ayat-ayat dari Al-Quran dan surah kepada nombor lantas sesuka hati menyatakan ini adalah ayat Al-Quran.
Kesilapan Dalam Pengiraan

Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم, ayat pertama dari Al-Quran bermaksud ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’. Apakah 786 mempunyai maksud yang sama seperti kalimah tersebut? Tidak.

Sekiranya diteliti, hakikatnya jumlah nilai sebenar untuk kalimah Basmalah adalah 787 dan bukannya 786. Sungguh memalukan numerologis yang mengasaskan 786 ini tidak mampu menyelesaikan masalah arithmetik yang begitu mudah. Numerologis tersebut telah terlupa untuk memasukkan sekali huruf Alif ke dalam pengiraan dalam kalimah الرحمن yang sebenarnya dieja الرحمان.

Sekiranya juga kalimah بسم dieja dengan ejaan sebenar, باسم dan tanda shaddah pada kalimah الله dikira sebagai satu huruf yang lain, nilainya malahan melebihi 787!

Dengan sedikit imaginasi dan kekreatifan, 786 hakikatnya boleh ditukarkan kepada pelbagai frasa sama ada mempunyai maksud mahu pun tidak. Sebagai contoh, perkataan الأمير المؤمنين عليه السلام juga mempunyai nilai 786. Ini hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang boleh didapati. Contoh ini sudah cukup menjadi bukti mudah bahawa 786 bukanlah membawa maksud yang khusus untuk Basmalah.
Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab

Firman Allah subhaanahu wa ta’ala:

Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]

Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]

(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. [Asy-Syu’ara’ : 195]
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya
. [Yusuf : 2]
Berdasarkan dalil-dalil di atas, sudah jelas dan terang bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan bukannya dalam nombor arithmatik. Mengapa pula kita sibuk mahu menterjemahkannya kepada nombor? Mengapa tidak saja Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Bukankah itu lebih ‘indah’, lebih ‘seni’ dan lebih ‘mukjizat’ berbanding bahasa Arab? Apa mesej yang boleh manusia terima sekiranya Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk nombor? Hal ini hakikatnya adalah suatu kesilapan dan kebodohan
Dalil Membantah Pendapat Yang Membenarkan

Sesetengah ulama yang membenarkan penggunaan 786 sebagai ganti kepada Basmalah menggunakan alasan sekiranya bimbang tidak menghormati kalimah tersebut sekiranya ditulis dengan penuh. Namun yang demikian, di dalam surah An-Naml ayat 30:
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”
Dalam ayat tersebut, Nabi Sulaiman sendiri tidak bimbang menulis Basmalah di dalam surat yang akan diserahkan kepada Ratu Balqis yang ketika itu masih kafir. Di dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri memerintahkan Saidina Ali menulis kalimah Basmalah dalam nas perjanjian tersebut. Akan tetapi ditukar kepada Bismikallahumma bukan kerana Rasulullah bimbang kalimah itu tidak dihormati, tapi kerana orang Musyrikin Mekah tidak memahami maksud Ar-Rahmaan.
Malahan, Rasulullah SAW ketika menghantar surat kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, Kisra Raja Parsi dan Kaisar Rom dan para pemerintah negeri lain untuk menyeru mereka memeluk Islam, baginda menulis Basmalah pada permulaan surat. Rasulullah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Basmalah dengan cara mengoyak, membakar atau memijak surat tersebut.
Berdasarkan dalil Al-Qur’an dan sunnah di atas, apakah masih relevan menggunakan alasan ‘ditakuti akan menghina kalimah Basmalah’? Apakah mereka tidak sedar bahawa menukar kalimah kepada nombor yang langsung tiada signifikan sebenarnya telah pun menghina dan tidak menghormati kalimah tersebut?
Tiada Pahala

Kita diperintahkan untuk membaca Al-Quran seperti firman Allah dalam ayat berikut
"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]
Apakah seseorang itu boleh membaca Al-Qur’ran sekiranya ditukarkan kepada nombor? Sebagai contoh, kita cuba tukarkan surah Al-Fatihah kepada nombor seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم = nilainya 787.
الحمد لله رب العالمين = nilainya 632
الرحمن الرحيم = nilainya 618.
مالك يوم الدين = nilainya 242.
إياك نعبد و إياك نستعين = nilainya 832.
اهدنا الصراط المستقيم = nilainya 1073.
صراط الذين أنعمت عليهم غير
المغضوب عليهم ولا الضلين = nilainya 6001.
jumlah = 10189
Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?

Nabi SAW pernah bersabda :
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf." [Riwayat Ibnu Mas’ud]
Jelas dalam hadis ini bahawa untuk mendapatkan pahala, Al-Qur’an perlu dibaca dengan huruf Arab, dan bukannya nombor.
Fatwa Mengharamkan

Berikut adalah petikan fatwa yang mengharamkan penggunaan nombor 786 yang dianggap sebagai Basmalah:
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :

Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor
Penutup

Nombor 786 bukanlah salah satu ajaran Islam melainkan hanyalah semata-mata bid’ah. 786 hanyalah sebuah nilai yang tidak membawa sesuatu maksud pun malahan ia adalah satu bentuk penghinaan yang nyata sekiranya disamakan maksudnya dengan kalimah suci Basmalah. Sebagai umat Islam yang beriman bertaqwa, sama-samalah kita meninggalkan kefahaman karut ini yang dicipta untuk mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap Al-Qur’an.
Wallahua’lam.

Keistimewaan Tujuh

Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat atau lapisan. Tanah yang kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbahagi menjadi 7 bahagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat dan berbagai jumlah 7 yang lain. Apa makna disebalik angka 7 itu?

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab'iyyatu fi Mawa'idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kedudukanNya iaitu Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitah kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya di dalam angka 7 itu mempunyai keunikan dan rahsia yang besar.

Pertama, Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An Naba' ayat 12, "Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh." Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 16, "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya." Tujuh bintang yang dimaksud adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

Kedua, Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath Thalaq ayat 12, "Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ...."Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27, "... dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..." Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.

Ketiga, Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa'ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa'ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma'arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari'ah ayat 9.

Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44, "Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka."

Keempat, Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87, "Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung."

Kelima, Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.

Keenam, Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi' (menyusu), kemudian tahap fathim(disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak), tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19, "Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)."

Ketujuh, Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya'juj dan Ma'juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya'qub dengan Rabu, Adam dengan hari Kamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

Selain ketujuh perbincangan di atas, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh, di antaranya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.

Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.

Namun begitu, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.

Thursday, December 4, 2008

Bahasa Melayu

Untuk mengambil peperiksaan Bahasa Melayu peringkat A'Level, bukan sekadar nota yang anda perlukan. anda perlu membuat kajian dan memahami beberapa buah novel. antara novel yang perlu anda kaji ialah novel Saga, Atheis, Hikayat Hang Tuah dan Warisan Puisi Melayu. dalam peperiksaan Bahasa Melayu kertas dua, terbahagi kepada 4 bahagian. bahagian A ialah soalan-soalan berkenaan dengan Hikayat Hang Tuah (edisi pelajar) dan Warisan Puisi Melayu. bahagian B ialah soalan-soalan berkenaan dengan Sejarah Kesusasteraan Melayu Sampai Kira-Kira 1800 Masihi (Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik). manakala bahagian C ialah Atheis dan Saga, dan bahagian D pula ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Sesudah Kira-Kira Tahun 1800 Masihi (Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden).

anda dikehendaki menjawap lima soalan, sekurang-kurangnya satu dari setiap bahagian. secara ringkas, anda dikehendaki menjawap satu soalan dari setiap bahagian dan memilih satu soalan tambahan dari mana-mana bahagian.
soalan-soalan bahagian A dan C selalunya adalah dialog-dialog penting dipetik dari buku dan soalan perbincangan. manakala soalan bahagian B dan D selalunya adalah cerita ringkas dan perbincangan.

Saga karya Abdul Talib Hasan.

(ps: yg aku pakai, covernya warna putih. lain sikit, tapi nevermind lah.. janji isinya sama.. tapi ku liat dikadai buku, sama jua warna putih. maybe ani covernya yang lama.. wataknya: rahmat, munirah dan hisyam)

Atheis karya Achdiat K.Mihardja.

(ps: covernya warna ijau, blakangnya warna putih. nda tau lah dikadai apa usulnya.. wataknya: hasan, kartini dan anwar)

Warisan Puisi Melayu disusun oleh Mohd Taib Osman.

(ps: kulitnya warna kuning, yg sekolah pinjamkan. nda tau lah dikadai. nda pernah teliat. sorry nada gambar)
Hikayat Hang Tuah Edisi Pelajar karya Kasim Ismail
(ps: yg sekolah pinjamkan, kulitnya warna kuning tu. yg ku liat dikadai, warna coklet. sama kali saja. wataknya ofcourse hang tuah sama kawannya. bukunya ada dlm 500+ page kali. sorry nada gambar)


Harun Aminurrasyid

Nama sebenar beliau ialah Harun bin Muhammad Amin. Dalam penulisannya, beliau menggunakan nama Harun Aminurrasyid. Beliau dilahirkan di Teluk Kurau, Singapura pada 8 Ogos 1907. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau pernah ditahan Inggeris kerana terlibat dalam gerakan pro-Jepun. Pada tahun 1939, beliau dihantar ke Brunei untuk memegang jawatan penguasa pelajaran.

Sewaktu bertugas di Brunei, beliau turut melibatkan diri dalam politik dan meniupkan semangat kebangsaan dikalangan rakyat Brunei melalui bidang pendidikan, kebudayaan dan bangsa. Beliau bergaul dengan masyarakat kampung dan semuanya ini dihasilkan dalam bentuk novel-novel terutama Darah Kedayan.

Harun Aminurasyid banyak menghasilkan novel sebelum perang. Beliau telah menghasilkan novel-novel berunsur sejarah dan membongkar semula sejarah kepahlawanan dan kegemilangan Bangsa Melayu untuk membangkitkan semangat kesedaran dikalangan para pembaca.

Antara novel-novelnya ialah Cinta Gadis Kedayan, Dewa Lombong Minyak, Panglima Awang dan Anak Panglima Awang. Karya daari segi ilmu pengetahuan yang ditulis oleh beliau ialah kajian Puisi Melayu, Melihat Negara Tetangga, Kunjungan Ke Indonesia dan sebagainya.

Beliau adalah seorang pengarang yang aktif menghasilkan novel-novel Melayu yang berunsurkan sejarah. Beliau banyak mengemukakan temasemangat kebangsaan. Disamping itu juga beliau meghasilkan beberapa novel yang mengetengahkan golongan artis seperti pelakon demi menghilangkan prasangka buruk masyarakat terhadap golongan ini.

Wednesday, November 26, 2008

Aku Cintakan Dia..

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Friday, November 21, 2008

Cerpen Melayu

Cerpen Sebelum Perang Dunia Kedua

Cerpen sebelum Perang dapat dibahagikan kepada peringkat iaitu cerpen-cerpen antara tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-1941. Pada waktu tersebut cerpen diterbitkan dalam 163 majalah dan akhbar. Salah satu faktor yang menggalakkan perkembangan cerpen ialah bertambahnya bilangan orang yang terpelajar. Secara umumnya, penulis-penulis cerpen sebelum perang adalah terdiri daripada para penulis golongan guru dan golongan wartawan.

Keseluruhan cerpen zaman awal bersifat stereotaip. Motif cerpen pada zaman awal lebih bertujuan memberi nasihat atau dedaktik atau teladan. Penulisan cerpen Melayu awal mempunyai persamaannya dengan penulisan novel. Ini menjelaskan yan cerpen melaayu mempunyai arah aliran perkembangan yang sama dengan penulisan novel.

Sungguhpun kebanyakkan cerpen-cerpen diciptakan sambil-sambilan sahaja, tetapi penulis berjaya mengungkapkan segala masalah-masalah yang dihadapi leh masyarakatnya melalui tema-tema cerita. Tema moral sering dikaitkan dengan masalah kekurangan didikan agama sehingga terpesona dengan kegiatan yang meruntuhkan nafsu.
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa cerpen-cerpen sebelum perang mempunyai unsur-unsur lucu dan percintaan cerpen-cerpen ini juga dikatakna kurang nilai estetik kerana terlalu mementingkan unsur didaktik. Ini menyebabkan kebanyakkan cerpen hampir menyerupai sebuah esei. Perwarnaan wataknya pula berdasarkan kepada watak hitam dan putih dimana watak putih selalu mendapat balasan baik dan watak hitam pula selalu mendapat balasan jahat.

Cerpen Melayu Di Zaman Jepun.

Cerpen Melayu di Zaman Jepun dalam Tanah Melayu tidak begitu menggalakan terutama dari segi jumlah. Hanya terdapat lebih kurang 25 buah cerpen yang dihasilkan pada masa itu. Cerpen ini dimuatkan dalam akhbar dan majalah.

Pada masa itu penulis-penulisnya ialah seperti Ishak Haji Muhammad, Nadzi Zainuddin dan Abdullah Sidek dari Tanah Melayu dan Abdul Samad Ismail dari Singapura. Penulis yang prolifik ialah Ishak Haji Ismail dan Samad Ismail. Kedua-dua mereka ini ialah wartawan. Salah satu karya Ishak Haji Muhammad ialah Anak Pipit Lidah Berkerat dan karya A.Samad Ismail ialah Ubi Kayu.

Cerpen-cerpen ini mempunyai tema yang pelbagai. Antaranya ialah cinta dan perang, cinta dan dendam, seruan menjadi askar dan petani, kehidupan masyarakat orang Melayu dan didaktif berunsur dongeng. Dari segi gaya, ada penulis yang menampakkan kemajuan seperti A Samad Ismail, ada yang bertahan seperti Abdullah Sidek dan ada yang merosot seperti Ishak Haji Muhammad.

Kebanyakkan cerpen zaman ini berbau propaganda dengan tema utamanya perjuangan. Ada juga yang termasuk dalam sejarah, yang bersifat dokementasi kebudayaan yang diharap-harap dapat perhatian yang wajar daripada masyarakat umum.

Cerpen selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia.

Cerpen selepas perang dunia kedua telah memasuki satu zaman yang baru, baik dari segi bentuk, isi mahupun gaya bahasanya. Pada zaman ini bentuk cerpen dipelopori oleh Abdul Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad. Peperangan telah memberi inspirasi kepada penulis cerpen. Mereka menulis cerpen yang berunsurkan politik. Ada juga terselit kisah percintaan.

Cerpen pada waktu itu membawa unsur yang nadanya seperti radikal, tegas dan nasionalistik. Cerpen seperti ini selalu dihasilkan oleh penulis veteran seperti A.Samad Said dan Keris Mas. Penulis-penulis baru seperti Jimmy Asmara, Hamzah dan Masuri SN menghasilkan karya cerpen yang berligar kepada persoalan masalah sosial seperti pelacuran, pergaulan bebas dan sebagainya.

Dari segi tema, berlatarbelakangkan bumi nyata dan mempunyai kemampuan menyelam ke dasar penghidupan rakyat. Mereka terlalu berkecenderungan memancing simpati pembaca dengan mereka-reka cerita ceritanya dan bertindak dengan sikap subjektif.

Sejak tertubuhnya ASAS 50, perkembangan cerpen Melayu telah dapat diseragamkan. Penulis cerpen mendedahkan kepincangan masyarakat sama ada dikota atau dikampung. Diantara penulis-penulis itu ialah A.Samad Said, Keris Mas, Hamzah dan Tongkat Warrant.

Selepas Malaysia merdeka, perkembangan cerpen bertambah pesat kerana ia telah mendapat perhatian yang lebih meggalakkan dari masyarakat umum dan badan-badan penerbitan mula meluaskan kegiatan persuratkhabaran mereka.

Sunday, November 9, 2008

ASAS 50

ASAS 50.

-singkatan bagi Angkatan Sasterawan 50.
-sebuah pertubuhan yang bercorak bahasa dan sastera yang pertama, lahir selepas Perang Dunia Kedua.
- ditubuhkan pada 6 Ogos di Singapura.
-dianggotai oleh penulis yang berhasrat untuk memajukan bangsa dan sastera Melayu.
-memegang konsep ‘Seni Untuk Masyarakat’ dalam usaha mencapaikan atau mengisi tujuannya.
-bertujuan memperjuangkan keadilan dengan mendedahkan segala bentuk ketidakadilan dan seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat
-memberi sumbangan dalam pelbagai aspek seperti bentuk, tema, isi serta kaum penulis.
-bentuk cerpen telah menampilkan tokoh penting iaitu keris mas. Bentuk sajak telah menampilkan tokoh Usman Awang. Bentuk kritik pula melahirkan tokoh Asraf.
-karya ASAS 50 jauh berbeza dengan penulis-penulis sebelumya. Ia juga membicarakan nasib kaum buruh, pemogokan dan tuntutan kemerdekaan secara patriotik, protes dan sinis dengan harapan terhapusnya kekejaman, ketidak adailan dan pemerasan hingga timbul suatu masyarakat yang stabil, adil, dan makmur.
-sejak tertubuhnya ASAS 50, telah lahir penulis-penulis muda daripada pelbagai bidang pekerjaan.
-ASAS 50 telah Berjaya membawa aliran-aliran baru dalam perkembangan bahasa dan sastera, iaitu aliran romantisisme dan realism dari penulis ASAS 50.

Angkatan 45

-dipelopori oleh Chairil Anwar, Idrus, Rosihan Anwar, Usmar Ismail dan Asrul Sani
-satu golongan penulis yang telah wujud di zaman Jepun hingga awal tahun 50an di Indonesia
-berasaskan semboyan tegas iaitu Humanisme Universal, yang ingin melepaskan diri dari ikatan-ikatan lama yang telah mengongkongnya dengan mengutamakan kebebasan individu disamping meniupkan kesedaran kepada kebudayaan dunia.

-Chairil Anwar menyumbangkan antologi sajaknya Deru Bercampur Debu, Kerikil Tajam dan Yang Terhempas dan Yang Terputus.
-Pramudya Ananta Tur menyumbangkan novel Keluarga Gerilya dan Achdiat Karta Mihardja menyumbangkan Atheis.
-Idrus menyumbangkan antologi cerpennya Dari Ave Maria Ke Jalan Lain Ke Rome.
-Usmar Ismail menyumbangkan drama “MutiaraDari Nusa Laut” dan “Dosa Tak Berampun”.
-dalam sajak Chairil Anwar memperlihatkan persoalan-persoalan kehidupan individu dan anarkis manakala dalam sajak Asru Sani memperlihatkan persoalan manusia dan kemanusiaan. Dalam novel Achdiat memperlihatkan persoalan manusia yang berhubung dengan ideology dan kepercayaan seperti pencipta yang Maha Kuasa.

Kesimpulannya, Angkatan 45 dikatakan lebih baik dari Angkatan Pujangga Baru. Jika di lihat dari segi struktur dan teknik sajak, novel, cerpen dan drama, Angkatan 45 memperlihatkan pembaharuan yang amat ketara. Kebanyakkan sajak dicipta mengikut aliran ekspresionisme dan tidak mementingkan bilangan baris setiap rangkap serta menggunakan kata-kata pendek dan padat untuk mendapatkan makna yang maksima. Struktur dan teknik karya-karya mereka sudah bercorak psikologis disamping penggunaan teknik suspen, dialog dan monolog yang sangat berkesan. Corak penulisan sebegini juga mempengaruhi penulisan penulis-penulis muda bukan sahaja di Indonesia, bahkan juga di Tanah Melayu.

Friday, November 7, 2008

RE: Renungan

Assalamu'alaikum.

Post di bawah ini adalah disalin dari comment seorang guru saya. saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana walaupun dia bukan lah lagi guru yang mengajar saya di dalam kelas, Alhamdulilah, dia masih dapat mencurahkan ilmunya kepada saya. semoga sahabat yang lain dapat mengambil pedoman dari apa yang akan sahabat baca dibawah.

Ana sedikit tekilan dgn post student ana, yang menyatakan sikap buruk student abang dia. Tapi ana memang biasa berhadapan dgn org-org mcm ani. Tp alhamdulillah, setakat ani, org2 yang mengagungkan 'acquired knowledges dan membelakangkan 'revealed knowledge' ini, memang ana dpt patahkan hujjah2 mereka yg berotak tapi tidak lojik.

Kenapa ana katakan mcm ini. Ok, ana akan cuba hurai sdaya yg ana mampu.

Firman Allah Ta'ala surah az-Zumar,9:Terj.-"Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dgn org yg tidak mengetahui?. Sesungguhnya org yg berakallah yang dapat menerima pelajaran."

Berdasarkan firman di atas, Allah Ta'al melakukan Tabayyun (perbandingan : comparative method) terhadap org yg berilmu dgn yg tidak.

"Org berilmu" menurut konotasi Islam ialah : org yg mencapai peringkat 'ulul-albab.

Maksud 'ulul-albab ialah org-org yg berilmu dgn sebenar-benar ilmu dan ilmunya mampu membawa akal sedarnya keparas lojik dan dpt di adaptasikannya kedunia praktikal. Lalu membentuk attitude.

Apa kaitan Islam dgn lojik akal?Hal ini, selalu di jadikan bahan ejekkan org-org yg pro-barat utk menjauhkan para ilmuan daripada Islam.

Sblum ana membuktikan bahawa Islam adalah agama yg lojik dan syumul (lengkap). Perlu diketahui bahawa, Allah ta'ala memerintahkan manusia supaya, belajar,belajar,belajar terlebih dahulu drpd perintah sembahyang dll. Perkataan pertama dalam wahyu Allah ialah 'iqra' iaitu baca : iaitu aktiviti mencari ilmu dan info.

Pendeknya, Islam adalah agama ilmu. Dan ilmu yang dimaksudkan ialah, ilmu keduniaan dan keakhiratan. rujuk al-Qur'an, surah al-Qashash :77.

Jelas, di sana Allah Ta'ala tidak memerintahkan manusia utk menolak aspek keduniaan, tp perlu kpd kesepaduan, antara aspek dunia dan akhirat. Kerana itu di dalam Islam, kita dapat lihat aktiviti interaksi antara manusia dengan Allah dan antara manusia dengan manusia lain serta dgn alam ini.

Ertinya aspek dunia dan aspek akhirat adalah bersatu. Contoh : Awang A belajar bersungguh2 kerana ingin berjaya. Sdgkan Awang B belajar bersungguh2 kerana Allah Ta'ala. hasilnya : Awang A akan berjaya di dunia kerana berusaha bersungguh2. Tp Awang B akan berjaya di dunia juga di akhirat kerana ia berusaha bersungguh-sungguh dan niatnya (orientasi usahanya) adalah kerana Allah. Persoalannya, dari kes di atas siapa lebih beruntung? Siapa yang rugi? siapa lebih bijak? siapa yg jahil?

Apa yg Awng A perolehi dan kecapi tetap akan diperolehi dan kecapi oleh Awg B. Tp apa yg diperolehi oleh Awg B, tidak dikecapi oleh Awg A secara total.

Hanya org berilmu cinta kepada Islam. Hanya org bodoh yg memandang rendah pd Islam. Rasional dari kenyataan ana ini ialah :

Org berilmu adalah yg kenal dan faham apa itu Islam? firman Allah : "Sesungguhnya yang paling takut kepadaku dikalangan hamba-Ku iala orang berilmu". Membuktikan bahawa, hanya orang berilmu yang akan melakukan ketaatan kepada Allah.

Islam- adalah agama yang membawa sebuah sistem kehidupan (sistem politik, sosial, dll)! Hal ini, tdk berlaku di mana-mana agama lain. Malahan tradisi agama kristian sendiri, tdk memiliki konsep ini. Sebab itulah semasa era kemunduran eropah, para pengkaji mendapati bahawa, sistem kegerejaan adalah punca kemunduran bangsa eropah kerana menolak pendidikan ilmu duniawi, kerana siapa-siapa yg mahu menjadi paderi, ia terpaksa meninggalkan urusan keduniaan. Tetapi mesti tinggal mengabdi kepada gereja.

Setelah era Enlightment berlaku di eropah, berpunca dari kemasukkan pendakwah-pendakwah Islam di rom dan sepanyol, barulah bangsa eropah kenal apa itu 'ilmu'. Tetapi pihak gereja menentang hal ini. Hinggakan pihak gereja terpaksa mempengaruhi kuasa pemerintah byzantin untuk membunuh mana-mana orang yang berilmu dikalangan bangsa mereka.

Lama-kelamaan, umat Islam berjaya membawa Islam sebagai agama ilmu, memasuki lebih banyak lg wilayah eropah. Barulah bermulanya, era kegiataan keilmuan di eropah. Tp pihak gerja memendam rasa, berpura-pura berbaik dgn Islam, tp secara diam-diam mengatur gerakan utk menghapuskan Islam dari negara mereka. Tetapi mengekalkan tamadun yang dibawa Islam (tamadun Islam dikekalkan tetapi agamanya ditolak, atas alasan Krisitian adalah agama resmi).

Akhirnya, setelah ratusan tahun, setelah banyak ilmu yang dipelajari dan dikuasai oleh bangsa eropah, mereka menubuhkan kumpulan mengkaji budaya dan umat Islam yang dikenali sebagai 'Orientalis'. Bertujuan memahami- siapa itu umat Islam, apa kecenderungan mereka, apa kekuatan dan kelemahan mereka?

Melalui kajian mereka, mereka faham bahawa Islam hebat kerana ilmu, iman dan jihad.Dan untuk melumpuhkan Islam, mereka perlu melumpuhkan ketiga-tiga aspek ini terlebih dahulu.

Caranya, pertama, pihak eropah menggunakan manfaat ilmu, hingga mereka bangkit sebagai bangsa berilmu dan pencipta (Industrial Revolution Era). Terutamanya dalam bidang penciptaan senjata.

Kedua, setelah melakukan peperangan secara fizikal terhadap negara-negara Islam. Mereka melakukan serangan yang lebih abstrak tp merbahaya, iaitu serangan mental. Yang terkenal dengan panggilan 'perang intelek'.

Sasaran barat, ialah para belia Islam. Medium yang digunakan ialah, pendidikan samada formal, in-formal dan non-formal. Aplkasinya, hiburan, budaya, trend, politik, sistem pendidikan, ekonomi, media, dll.

Agenda terselindung (hidden value) disebalik serangan total oleh barat ini ialah :

1. Islam perlu dipisahkan dari ilmu keduniaan, caranya : wujudkan dua sistem pendidikan yang membawa agenda terpisah (sekolah agama mengajar agama sahaja & sekolah pendidikan mengajar ilmu dunia sahaja). Supaya lahir masyarakat yang berbeza ideologi atau berideologi ganda.

2. Iman perlu dilemahkan, dengan merosakkan sistem kepercayaan umat Islam kepada Allah melalui, hiburan yang bersifat hedonistik (mementingkan keseronokan). Penekanan kepada unsur nafsu seperti : cinta-melalui novel, cerita-cerita, nyanyian dll. Cuba perhatikan sahaja karangan-karangan siri cerita kanak-kanak yg dihasilkan oleh barat, pasti berkisar dengan hayalan untuk menjadi puteri yang akhirnya beroleh cinta sejati (prince charm) yang sempurna. Caranya: mewujudkan berbagai genre hiburan yang menghayalkan manusia dari mengingati Allah kerana hidup dipenuhi dengan khayalan dan keseronokan.

3. Melemahkan semangat Jihad, melalui konsep consumerisme secara hegemony (paksaan) oleh barat selaku pemegang kuasa ekonomi global. Caranya, menjadikan setiap produk barat menjadi kewajipan untuk dimiliki (wujud rasa pergantungan dan kebanggan memiliki produk-produk barat). Akhirnya, walau apapun yang dilakukan oleh barat seperti menghentam palestin, iraq dan afghan, hanya dilihat dan disaksikan oleh umat Islam yang begitu taat melanggani produk barat (dependant conumer) sebagai perkara lumrah alam. Malah ada yang begitu dayus, menyalahkan Islam sebagai punca keganasan.

IMPAKNYA :

1. Lahir generasi dayus dan munafiq dikalangan umat Islam (split personalities) akibat mengikuti program dualisme pendidikan. (belajar agama kerana disuruh ibubapa, tetapi belajar ilmu pendidikan untuk material).

Komen ana : harta menurut Islam letaknya ditangan bukan dihati. Sebab sasaran islam ialah mahu melahirkan para usahawan, hartawan yang dermawan.

Rasionalnya : Islam menuntut umatnya membangun aspek material dan fizikal sehebat-hebatnya, tetapi menolak sifat materialistik (bakhil, cintakan harta dll). Inilah konsep yang terkandung di dalam pensyari'atan 'zakat' dan 'sedekah' menurut Islam iaitu umat dituntut bersedekah, tetapi hanya orang berharta mampu melakuklannya, oleh itu carilah harta, tunaikanlah nafkah, zakat dan sedekah. Dan konsep pengharaman riba, iaitu menolak monopoly kerana memastikan tiada kemiskinan berlaku.

2. Lahir sikap 'inferiority conflict' ; merasa rendah diri sebagai MUSLIM. Kerana, mempercayai bahawa, barat adalah bangsa bertamadun, barat adalah bangsa yang mempunyai peradaban. inilah agenda terselindung barat iaitu mengkafirkan umat Islam secara dalaman (batin). Berkulit kuning langsat, bermata hitam, coklat, tetapi berjiwa eropah. HILANG JATI DIRI. Bahasa Melayu dan agama Islam dipandang sebagai low-standard. Peradaban berasal dari kata adab : mana satu yang dikatakan beradab, bertelanjangkah atau berpakaian? Sila pastikan bangsa yang mendapat pengiktirafan sebagai bangsa yang mempunyai peradaban, agar terdiri dari bangsa yang berpakaian sopan. Bukan yang tidak sopan. Ini baru satu kritik, ada banyak lagi.

3. Akhirnya, barat tidak lagi risau terhadap keupayaan umat Islam yang selama ini dianggap berpotensi menghalang agenda monopoly barat terhadap dunia. Sebelum ini, mereka tahu Islam adalah satu-satunya agama 'ADIL' (menurut Islam, adil itu ialah 'mengembalikan sesuatu kepada tempatnya/haknya/fitrahnya). Jadi andaikata sistem Islam masih kukuh, maka agenda barat tidak akan berjaya. Kerana Islam akan memastikan sitem Adil berjalan!!

Apatah lagi sekarang ini, berlaku pertikaian dikalangan umat Islam sendiri hasil tajaan barat (kafirin) ini. Barat, sudah mempunyai anak-anak didik (dikalangan umat Islam sendiri) yang sudah direkrut oleh mereka. Anak didik inilah yang menjadi PROMOTER kepada agenda barat. Dan anak-anak angkat barat ini, didapati ramai berada di dalam dunia Islam, bekerja dengan kerajaan Islam, tapi menentang sistem Islam dan menyerapkan sistem barat.

Antara ciri-ciri PROMOTER barat ialah :

1. Memandang rendah pada Islam. menolak atau mengkelas keduakan pelajaran Agama Islam.

2. Memandang rendah pada bahasa sendiri. Mengutamakan bahasa English. Sedangkan, kedudukan bahasa English sepatutnya bukan sebagai pembentuk jati diri, tetapi sekadar alat memahami ilmu dan kemahiran bangsa lain.

3. Hidup berorientasikan barat (gaya hidup).
4. Sikap pro-barat.
5. Tidak marah dan tidak sedih apabila umat Islam lain dihentam oleh barat.
6. Menjauhi ibadat kepada Allah. Tidak sembahyang, tidak puasa, tidak zakat, apatah lg ibadat sunat. Atau dia seorang yang beribadat tetapi tidak berjaya mendidik anaknya supaya beribadat.
7. Lebih kenal kepada pemain bola kelab eropah, artis barat, pelakon dll, daripada nama dan latar belakang ulama'. Soalan : siapakah nama sebenar al-Imam al-ghazali? ilmu apa yang dipelopori oleh ibnu sina? kharizmi? Ibnu Farabi? Ibnu Khaldun?. jika pembaca tidak dpt menjawabnya, ana nasihatkanlah supaya, palingkan semula kiblat anda kepada Islam, bukan ke barat.
8. DLL.

CADANGAN :

1. Fahami Islam, bukan dengan mempelajari cara beribadatnya sahaja, tetapi dengan mempelajari 'kepentingan' ibadat dan kesannya. Bukan mempelajari cara membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya.

2. Al-Qur'an mengandungi banyak konsep yang boleh diterapkan dalam hidup, yang DIJAMIN MAMPU MEMBAWA KEJAYAAN YANG GILANG-GEMILANG KEPADA SESORANG DAN MEMBARISKAN GENERASI PELEDAK TAMADUN. Konsep-konsep yang terdapat di dalam al-Qur'an banyak dipelajari oleh barat dan diterapkan dalam sistem mereka. Tetapi kita selaku umat Islam, mengambil sumber dari barat. Sedangkan al-Qur'an itu milik kita. Masya Allah, inilah yang dikatan jahil dan tiada upaya menta'wil (interpretation skill).

3. Bersyukurlah setiap hari kerana ditakdirkan lahir sebagai umat Islam, kerana jika kita tidak beragama Islam, kita akan menjadi orang yang jauh dari lojik. (mahukah kamu menjadi manusia yang tidak menyembah Allah (Tuhan sempurna), tetapi kpd makhluk lain seperti, batu, lukisan, api, matahari, kayu kros, laut, atau manusia yang percaya bahawa, manusia adalah berasal dari monyet : masya-Allah, ini benar-benar tidak lojik, atau kamukah manusia yang bangga dilahirkan dari rahim seorang perempuan suka perzinaan, tati-menari,pub,pendedahan aurat dan suka menjatuhkan maruahnya, atau dari benih seorang laki-laki yang suka mabuk lalu melakukan perkara aib, atau menjadi manusia yang suka membunuh, sakit jiwa, raja dadah, raja tipu, raja judi, raja rasuah, raja fitnah, itupun nasib-nasib jadi raja, malah lebih banyak lagi yang nasibnya menjadi hamba dan mangsa, hamba dadah, mangsa tipu, mangsa judi, mangsa rasuah, mangsa fitnah. MASYAAAA-ALLAH!! Ini semua adalah perlakuan-perlakuan yang ditentang oleh Islam!!! Tidak lojikkah Islam???

Ana, tidak sama sekali bersikap kontra kepada barat, tetapi ana kontra kepada agenda "PEMBARATAN". Sekarang, para pembaca nilai sendiri. Sebelum mengkritik kenyataan ana, ana syorkan, supaya pembaca lakukan penyelidikan rapi terlebih dahulu. Ana memang malas melayan para JUHALA' sebab Islam melarang umatnya berbahas dengan golongan ini.

P.s : disebutkan sikap orang munafiq sebagaimana di dalam firman Allah surah Munafiquun ada menyatakan bahawa, orang munafiq adalah yang mengakui dirinya Islam dengan lidah tapi tidak pada perbuatan, dan orang yang SUKA MENGHALANG KEPADA KEBAIKAN. Ini adalah ciri terbesar orang Munafiq. Ana, sekali lagi menasihati pembaca yang tidak suka kepada keikhlasan ana, supaya jgn lakukan perkara yang menyebabkan sampai jatuh ke martabat Munafiq. pesan Allahyarham Mufti Brunei kesayangan hamba : bahawa akan wujud di akhir zaman ini golongan yang digelar sebagai Mulhid. Mulhid : orang yang bijak bercakap tetapi tiada berilmu, mereka murtad bagaikan anak panah terlepas dari busur ( nisbah kepada ramainya dan kecepatannya). hati-hati, jangan sampai menjadi salah seorang yang dimaksudkan beliau. Wal'ya'uzubillahi min zalik.

Sekian, senyum selalu daripada ana, hamba Allah yang on the way menjadi Khalifah-Nya (iaitu yang memakmurkan dunia tanpa berkehendak kepada sebarang pangkat dan imbalan tetapi semata-mata kerana Allah). Siapa mau join ana, silakanlah. Ana mahu memeriahkan dan memartabatkan lagi 'industru ulama' di Brunei ini. Wassalam.

Monday, November 3, 2008

Renungkan..

Beberapa hari yang lepas, saya bermalam di rumah abang saudara saya. Beliau bertugas sebagai salah seorang guru agama bagi tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Pada malam itu, beberapa orang penuntutnya telah datang ke rumah abang saya. Untuk pengetahuan umum, abang saya dan para penuntutnya sangat rapat dan mereka juga selalu berkunjung ke rumah abang saya. Malah mereka mengenali saya dan sebahagian dari mereka berusia lebih tua dari saya sendiri.

Pada malam itu, kami bersembang tentang pelajaran yang mereka ingin ambil jika sekiranya mereka lulus keperingkat seterusnya iaitu tingkatan enam. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu mata pelajaran apa yang akan mereka pilih. Lalu, saya mengesyorkan supaya mereka mengambil Bahasa Melayu dan Syariah, atau Usuluddin kerana bagi saya, ilmu itu sangat berguna di dunia dan akhirat. Saya amat terkilan dengan jawapan mereka.

“dui lai, apa ada syariah sama BM (bahasa melayu)?”
“awueh, nda membari-bari.. nda ko makan mun ko blajar atuu. Nada bguna tu.”
“nada standard tu blajar bahasa melayu..”
“nda jua ada kraja yang beguna subject atu. Untuk apa blajar?”
“bari hawar saja ko ani. Anikan kami pandai, ko suruh blajar bahasa melayu, syariah, usuluddin? Tantu ku milih science subjects tu eh..”
“awu, utk orang nda pandai saja tu. Untuk yang kaluk passed ah.”


Masya-Allah.. Saya hanya menggelengkan kepala mendengar caci-maki mereka terhadap mata pelajaran yang paling saya cintai itu.

Saya teringat akan soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas satu tahun ini iaitu “sejauh mana kemampuan Bahasa Melayu itu menjadi bahasa global dan bahasa Ilmu?”

Pada pendapat anda, sejauh mana? Pada pendapat saya, Bahasa Melayu tidak akan dapat menjadi bahasa global mahupun bahasa ilmu sampai bila-bila. Kenapa? Anda lihat sendiri bukan? Anak melayu sendiri mengatakan bahawa Bahasa Melayu itu tidak berguna. Di manakah silap kita? Kenapa kita mengagungkan bahasa lain, bukan bahasa ibunda kita? Di mana semangat kita yang berteriak mendabik dada, “Brunei, Negara Melayu Islam Beraja!”? mengapa kita perlu bermati-matian mempelajari bahasa lain dan menginjak bahasa kita sendiri? Bukankah brunei itu mengutamakan Bahasa melayu? Kenapa masih ada lagi tunas bangsa yang bangga mengatakan mereka hebat berbahasa Inggeris? Apa kurangnya Melayu? Kenapa kita berasa mundur jika mempelajari bahasa melayu? Bahasa itu kan budaya bangsa. Apa yang kurang membanggakan jika kita berbahasa Melayu?


Kenapa kita termakan hasutan orang luar, bahawa kita tidak akan maju jika ketiadaan Bahasa asing? Di mana salahnya? Adakah kerana ibubapa yang moden, berlumba-lumba mengajar anak mereka bertutur bahasa Inggeris sedari kecil? Atau adakah silapnya terletak di sekolah-sekolah yang menitikberatkan kemahiran berbahasa asing?

Entahlah. Jika hendak mahir berbahasa asing sekalipun, kenapa kita tidak menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua kita sedangkan bahasa itu adalah bahasa Nabi Muhammad, bahasa Syurga, bahasa Al-Quran? Apakah kelak kita akan ditanya mengikut bahasa yang kita banggakan itu? “Who Is Your God?” kita akan ditanya menggunakan bahasa Arab, bukan? Akan wujudkah lagi pernyataan Tokoh Melayu Hang Tuah bahawa Melayu Tidak Akan Hilang DiTelan Zaman, sedangkan sekarang, orang Melayu sudah berlumba-lumba menjadi orang Barat, membanggakan budaya Barat dan melupakan tradisi keTimuran?

Syariah dan Usuluddin, kenapa mata pelajaran ini tidak dipandang berat oleh sesetengah masyarakat kita? Apakah negeri kita tidak akan membangun jika kita mempelajarinya? Apa kurangnya ilmu Syariah dan Usuluddin, berbanding ilmu alam, ilmu hisab, ilmu kimia? Apa kerugian kita jika mendalami ilmu ini? Kenapa ada orang Islam yang begitu tega mengatakan ilmu Syariah dan Usuluddin ini tidak berguna? Bukankah hidup kita berpandukan ajaran agama Islam? Salahkah jika kita menguasai ilmu ini? Kenapa kita harus memilih mata pelajaran lain?


Adakah di sana nanti, kita akan ditanyakan tentang formula-formula ilmu hisab? Adakah kita akan ditanya tentang arah kedudukan kiblat yang kita sembah? Adakah kita akan ditanya apa jenis tanah tempat kita berkumpul semasa di Padang Mahsyar? Berapakah keluasan Padang tersebut? Adakah kita akan ditanya berapa kelajuan kita menyeberangi Titian Siratul Mustaqim? Saya tahu, kita diseru supaya belajar ilmu untuk didunia dan akhirat, tapi, perlukah kita mendakwa ilmu Syariah dan Usuluddin itu tidak berguna? Tidakkah itu terlalu melampau? Begitu hinakah ketiga mata pelajaran ini sehingga kita memandang dengan sebelah mata sahaja?

Jawaplah orang yang punya fikiran. Benarkah dakwaan mereka, Melayu tidak penting? Ilmu keagamaan tidak perlu dititikberatkan? Sesungguhnya, saya juga telah mati akal.



(680 pp)

Angkatan Pujangga Baru

Angkatan Pujangga Baru

-ditubuhkan pada 29 Julai 1933 di Indonesia.
-Majalah bahasa dan sastera
-dijadikan sebagai wadah yang menampung dan menyalurkan karya-karya sekelompok bahan sastera yang mendukung penerbitannya.
-pelopornya terdiri daripada Armijn Pane, Amir Hamzah, Sanusi Pane dan lain-lain lagi.
-Penubuhannya telah memberi nafas baru bentuk-bentuk puisi lama Melayu telah membuka jalan kepada puisi melayu moden.
-mempunyai objektif utama iaitu memperjuangkan pembaharuan dalam kesusasteraan.

-mempunyai 3 dasar iaitu dasar bahasa, dasar kemasyarakatan dan dasar kebudayaan.
-dasar bahasa ialah tiap-tiap penulis bebas untuk melahirkan perasaan jiwanya sesuai dengan peribadi, gayanya dan bahasanya sendiri. Bahasa pula harus indah dan baik sejajar dengan pengertian kesusasteraan.
-dasar kemasyarakatan ialah di mana hasil-hasil karya mula berkisar pada persoalan ekonomi dan pembangunan politik dan semasa.
-dasar kebudayaan iaitu untuk membentuk semangat baru dan berani mengambil inisiatif dengan penuh tanggungjawap. Dalam ciptaannya harus ada harapan-harapan baru sebagai pengganti semangat lama.


-sumbangannya digolongkan kepada tiga bahagian iaitu novel, drama dan puisi.
-antara novel-novel itu ialah Layar Terkembang karya Sutan Takdir Alisyahbana, Belenggu karya Armijn Pane dan Di Bawah Lindungan Kaabah karya HAMKA.
-antara drama-drama itu ialah “Manusia Baru” karya Sanusi Pane dan “Linggang Kencana” karya Armijn Pane.
-Antara puisi-puisi itu ialah antologi sajak Nyanyi Sunyi dan Buah Rindu oleh Amir Hamzah

Dengan tertubuhnya Angkatan Pujangga Baru, bentuk dan situasi Melayu telah diberi nafas baru. Meskipun ia hanya sebuah badan penerbitan persendirian, namun ia telah membawa pembaharuan-pembaharuan. Mereka juga membentuk satu rupa kebudayaan Indonesia yang baru melimpasi segala batasan.

Pejabat Karang-Mengarang

Pejabat Karang-Mengarang

- ditubuhkan pada 19 November 1922 di Tanjung Malim, Malaysia.
- pengetuanya ialah OT Dussek dan pembantunya ialah Zaaba.
-matlamat Pejabat Karang mengarang terbahagi dua iaitu rancangan jangka panjang dan rancangan jangka pendek.
- rancangan jangka panjang ialah mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar, mengadakan perpustakaan yang dibawa ke kampung-kampung, membawa buku-buku ke kampong untuk dijual, menulis dan menterjemahkan serta menyunting novel-novel lalu menyenggalarakan pencetakannya, memperluaskan pengaruh ke kampung-kampung dengan mengadakan khutubkhanah(perpustyakaan) dimerata-rata, melatih penterjemah baru dan menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh jabatan kerajaan.
- rancangan jangka pendek ialah mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu dan mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat umum.

-aktiviti-akitiviti yang telah dijalankan oleh Pejabat Karang Mengarang ialah menulis (mengarang), menjalankan usaha-usaha penterjemahan dan kerja-kerja penyuntingan dalam bidang penerbitan buku-buku yang tertentu serta menyenggalarakan penerbitannya (buku-buku pelajaran dan novel-novel moden)
-peranan Pejabat Karang Mengarang dalam bidang penterjemahan pula adalah seperti menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan dan bergiat dalam usaha melatih penterjemah-penterjemah baru dengan cara mengambil mereka bekerja dengan Pejabat Karang Mengarang.

Balai Pustaka

Balai Pustaka

- ditubuhkan pada 22 September 1917 di Indonesia, menggantikan komisi Bacaan Rakyat
- tujuan ditubuhkan ialah untuk membendung buku-buku terbitan swasta, membentuk perpustakaan rakyat dan menjadi alat bagi menyebarkan fahaman penjajahan.
Sejak 1933, dengan tertubuhnya Majalah Pujangga Baru, kegiatannya hanya sebagai penerbit dan pencetak, bukan lagi sebagai badan pengarang. Selepas merdeka, barulah berubah menjadi Perpustakaan Perguruan Kementeriann Pelajaran Indonesia atau Dinas Penerbitan Balai Pustaka.
- Peranan Balai Pustaka ialah menerbitkan buku-buku terjemahan, novel asli, majalah-majalah dalam Bahasa Melayu, Jawa dan Sunda.
- peranan Balai Pustaka sebagai pusat kesusasteraan ialah mengumpulkan penulis terkenal sebagai sidang pengarang.
- sumbangan Balai Pustaka ialah melahirkan penulis-penulis novel, cerpen dan penterjemah buku-buku cerita rekaan, menambahkan ilmu pengetahuan dan fikiran penulis, melahirkan masyarakat pembaca dan pendukung sastera Indonesia.
-antara buku-buku terbitan Balai Pustaka ialah
Siti Nurbaya karya Marah Rusli, dan Salah Asuhan karya Abdul Muis.

Sunday, October 26, 2008

Keindahan Islam Membawa Petunjuk

Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya."Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar.
"Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.
"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Saya ini bukan orang Islam," jawab lelaki itu selamba
"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian."Saya beragama Nasrani," jawabnya.
Abu Jaafar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.
"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" Tanya Abu Jaafar.
"Saya bertawakal kepada Tuhan." Jawabnya pendek.
"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar.
Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, merekapun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.
"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana," kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.
"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.
"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar.
"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja," terang lelaki Nasrani itu.
"Ya saya berjanji," kata Abu Jaafar dengan penuh yakin.
Merekapun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja mereka pun duduk istirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya habis roti itu dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.
Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.
Pada hari keempat kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.
Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar.
"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" Kata Abu Jaafar kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.
Tanpa berkata apa-apa orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar masih asyik mengerjakan solat.
Setelah Abu Jaafar selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.
"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku," kata lelaki Nasrani itu.
"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." Terang lelaki Nasrani itu lagi.
"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" Tanya Abu Jaafar menduga.
"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." Kata lelaki Nasrani itu.
"Sekarang apa yang awak mahu?" Sambung Abu Jaafar.
"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." Kata lelaki Nasrani itu.
Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam.

Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka . Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.


http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun00/h_tunjuk.htm

Friday, October 24, 2008

A-Level Question 2007

Hikayat Hang Tuah

1 (a) Soalan konteks mukasurat 28
(b) Konteks 463

2. Hang tuah sebagai wira dari kalangan rakyat biasa. Sejauh manakah Kebenaran ini merujuk kepada beberapa peristiwa yang menggambarkan watak hang tuah.

Warisan puisi melayu


3. (a) mukasurat 33
(b) mukasurat 114

Soalannya, (i) jenis dan perincikan puisi tersebut.
(ii) maksud
(iii) pengajaran dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah kesusasteraan melayu (klasik)

4. sastera sejarah di dalamkesusasteraan lama adalah penulisan tentang raja-raja melayu dan kerajaannya. Dengan merujuk kepada tiga karya sastera sejarah, buktikan kebenaran ini.

5. apakah yang dimaksudkan dengan cerita berbingkai? Bersandarkan contoh, jelaskan fungsi cerita berbingkai.

6. pilih tiga daripada tajuk di bawah, tulikan secara ringkas jalan cerita dan kedudukan dalam sastera melayu lama:
(a) hikayat isma yatim
(b) abu nawas
© hikayat sang kancil
(d) hikayat bayan budiman
(e) misa melayu

Atheis dan saga

7. saga mukasurat 169

8. novel saga dan atheis menggambarkan kisah dua kelompok masyarakat di tempat dan pada masa yang berbeza. Berdasarkan kenyataan ini, jelaskan latar masa dan tempat di dalam kedua-dua novel ini.

9. atheis mukasurat 133.

Sejarah kesusasteraan melayu (moden)

10. perkembangan novel di tahun 20-an di dalam kesusasteraan Indonesia modern dan kesusasteraan melayu moden banyak memaparkan tentang emansipasi wanita. Dengan memberikan beberapa contoh novel, huraikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kenyataan ini.

11. huraikan peranan ASAS 50 dalam kesusasteraan melayu moden

Atau

Peranan ANGKATAN 45 dalam kesusasteraan Indonesia moden

12 jelaskan dua daripada tokoh di bawah dalam hubungannya dengan sejarah perkembangan sastera tanah air khususnya hasil karya dan sumbangan mereka.
(a) amir hamzah
(b) A Samad Said
© Chairil Anwar
(d) Pramoedya Ananta Tur
(e) Ishak Haji Muhammad

Tuesday, October 21, 2008

Taqlid

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kegiatan Ijtihad Berhenti / Kecenderungan Bertaqlid.

1. pelbagai rusuhan, peperangan, perpecahan golongan umat Islam, perebutan kuasa politik dan permusuhan telah menyebabkan para ulama’ yang bertaraf Mujtahid semakin berkurang.

2. zaman Imam Mujtahidin telah mewujudkan golongan ulama yang berwibawa dan bertaraf mujtahidin. Namun dalam zaman taqlid, para ulama lebih tertumpu kepada usaha mengembangkan dan memperjuangkan fatwa dan pendapat para ulama Mujtahidin yang dulu. Hal ini mengakibatkan mereka tidak berusaha untuk meneruskan kegiatan ijtihad.

3. terdapat sebilangan ulama yang tidak mencapai taraf Mujtahid telah mngistinbatkan hukum terhadap kes atau masalah yang berlaku dalam zaman ini. Perkara sebegini telah menyebabkan kecelaruan dan ketidakseimbangan dalam menetapkan hukum. Oleh sebab itu, pemerintah dan penguasa Islam mengarahkan agar usaha ijtihad dihentikan.

4. timbul perasaan iri hati dan hasad dengki dari kalangan ulama’ terhadap sesetengah golongan ulama’ yang berusaha untuk mengistinbatkan hukum. Akibatnya, golongan ulama berkenaan telah menggelarkan diri mereka sebagai muqallid (bertaqlid pada orang lain).

Ulama-ulam di zaman taqlid / klasifikasi.

1.golongan Mujtahid Mazhab.
( ahli ijtihad dalam Mazhab)
- bersandarkan fatwa dan dasar pegangan mazhab.

2. golongan Mujtahid dalam masalah-masalah baru.
(masalah yang tidak difatwakan dalam mazhab)
-berijtihad – berdasarkan fatwa / dasar mazhab
- qiyas / perbandingan hukum dengan fatwa / dasar mazhab

3. ahli takhrij (pentafsir kesamaran).
- menjelaskan fatwa yang tidak jelas.
- qiyas
- ijtihad
Berdasar fatwa mazhab / dasar pegangan.

4. ahli tarjih (pemutus).
Tarjih – memilih satu-satu pendapat berdasarkan kekuatan dalil.
- Cuma membangingkan – fatwa yang kuat, lemah.

Ahli taqlid
- mengikut sahaja fatwa / dasar pegangan mazhab

Thursday, October 9, 2008

Ways to Annoy Your Prof

Ways to Annoy Your Professor Message:

-Dispute everything your professor says, no matter how simple. Try to get him/her to "prove" everything to you. Rant and rave about what a big liar your professor is. Yell at students who are taking notes, saying, "Stop writing down all these lies!"

- Get the whole class to show up a few minutes early, and throw a surprise party for your professor. Insist that you can't start class until he/she has a piece of cake. Keep asking people when the strippers are going to arrive.

- Draw hearts and flowers on the backs of your papers and tests. Next to them, write things like, "You're the best, even though you suck" and "You're the worst professor in the world."

- Instead of taking notes, do an abstract painting during every class. Call the paintings things like, "Professor Acting Like Mr. Know-It-All" or "Idiot Who Doesn't Know What The Hell He's Talking About." Give the paintings to your professor as gifts.

- If you have an early morning class, get there before anyone else, and bring a pillow, some blankets, an air mattress, and an alarm clock. Wear your pajamas. Lie down on the air mattress with the pillow and the blankets and act like you're asleep.

- Hide somewhere inside the classroom. Wait for your professor to take attendance. Don't come out when he/she calls your name. Halfway through class, jump out and yell, "Just kidding! I'm here! Fooled you again!" Sit down and be quiet for the rest of class.

- Show up to class about ten minutes late. Ride into the room on a bicycle, yell, "Look out!" and crash into the blackboard. Get up, take a seat, and act like nothing happened.

- Sit way at the back of the room, up against the wall, to get as far away from your professor as possible. While he/she is lecturing, shout out things like, "What!?" and "Speak up! You're mumbling!" If your professor advises you to sit closer to the front, tell him/her you can't because you're scouting the room for "assassins."

- Start asking questions in a fake foreign language. Act like your professor is stupid for not being able to understand you. Get other people in the class to start speaking the fake language too

- When your professor gives you a syllabus, take it home, correct it, give it a grade, and return it to the professor. Demand extra credit.

- Write your professor a note that says, "I'm going to be about 15 minutes late. Go ahead and start without me." Wait outside the building until the time when class is supposed to begin. Tie the note to a rock, and throw it through the window.

- Write down everything that your professor says, word for word. Think up a melody, and turn the words into a song. Bring a guitar to class and perform the song for the class. Explain to your professor that he/she is "very inspiring."

- Bring a small cactus to class with you. Raise your hand, and when you're called on, say that the cactus has a question. Turn and look at the cactus, as if you're waiting for it to say something. After a few moments, shrug, and wait for your professor to move on. Do this once a day, and become increasingly irritated with the cactus every time, sighing heavily and giving it evil looks when it fails to "speak." When you leave the room after class, start yelling at the cactus, "I can't believe you embarrassed me AGAIN...."

-Brush your teeth during class. While doing so, raise your hand as if you have a question, and mumble your question incoherently while brushing, spewing toothpaste all over the place. If your professor objects to your actions, go on a tirade about proper oral hygiene.

- Carve a bust of your professor out of cheese. Tie a ribbon around it, and present it to him/her at the beginning of class. Demand extra credit.

- Come to class every day wearing scary Halloween masks. Try to get your professor to guess who you are. Shoot him/her with a water pistol, scream, and run around the room knocking things over. Say, "Pretty scary, huh?"






~~~~~

this is just a joke okay? its not false advise or guide FROM ME. dont do it, you might get suspended or expelled. for god sake students, you should respect your teacher. they are like your second family, your second parents. they teach you how to live your life. even if they are annoying and irritating, just, give them some respect! they do that for your own good. they care, think bhh. god give you brains for you to think of how to appreciate your teachers, not to think of how to disrespect your teacher. if you think bad-mouthing and hating your teachers is cool, well i tell you, IT ISN'T. it just depicts how childish and immature you are. think again.