Showing posts with label My Collection. Show all posts
Showing posts with label My Collection. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

Aku Cintakan Dia..

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Sunday, October 26, 2008

Keindahan Islam Membawa Petunjuk

Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya."Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar.
"Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.
"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Saya ini bukan orang Islam," jawab lelaki itu selamba
"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian."Saya beragama Nasrani," jawabnya.
Abu Jaafar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.
"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" Tanya Abu Jaafar.
"Saya bertawakal kepada Tuhan." Jawabnya pendek.
"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar.
Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, merekapun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.
"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana," kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.
"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.
"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar.
"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja," terang lelaki Nasrani itu.
"Ya saya berjanji," kata Abu Jaafar dengan penuh yakin.
Merekapun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja mereka pun duduk istirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya habis roti itu dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.
Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.
Pada hari keempat kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.
Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar.
"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" Kata Abu Jaafar kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.
Tanpa berkata apa-apa orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar masih asyik mengerjakan solat.
Setelah Abu Jaafar selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.
"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku," kata lelaki Nasrani itu.
"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." Terang lelaki Nasrani itu lagi.
"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" Tanya Abu Jaafar menduga.
"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." Kata lelaki Nasrani itu.
"Sekarang apa yang awak mahu?" Sambung Abu Jaafar.
"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." Kata lelaki Nasrani itu.
Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam.

Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka . Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.


http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun00/h_tunjuk.htm

Monday, September 22, 2008

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, September 18, 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007.

Syariah kertas satu
Pembetulan Peperiksaan pertengahan tahun 2007.
SMSA

1. jual beli adalah salah satu konsep muamalat yang disyariatkan Islam.
(a) berikan pengertian jual beli dari segi bahasa dan istilah syarak dengan menyatakan hukum menurut konsep asalnya (termasuk hukum-hukum lain) beserta dalil nas.

= pengertian jualbeli dari segi bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu. Manakala dari segi istila syara’ pula, ia adalah proses pertukaran harta benda mengikut cara-cara yang ditetapkan oleh syara’. Adapun hukum jualbeli pada asalnya ialah haru asalkan ia memenuhi rukun dan syarat-syarat jualbeli.

Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud,
“padahal Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.”

Walaupun pada asalnya hukum riba itu adalah harus, namun ia akan berubah mengikut keadaan tertentu. Jualbeli akan dihukumkan wajib pada ketika manusia sangat berhajat dan memerlukan atau dalam keadaan darurat.
Jualbeli dihukumkan sunat iaitu jualbeli antara penjual dan pembeli terhadap sesuatu barangan yang diperlukan seperti penjual menjual barang keperluan harian kepada pembeli.
Jualbeli menjadi makruh jika akad itu dijalankan sesudah berkumandang azan yang pertama pada hari Jumaat dan ia dihukumkan haram jika akad itu masih dijalankan setelah azan yang kedua untuk solat Jumaat. Jualbeli juga dihukumkan haram jika jualbeli itu mengandungi barang-barang najis dan haram seperti arak dan bangkai.

(b) dalam konteks jualbeli yang berjalan masa kini proses serah terima dilakukan tanpa dilafazkan dengan perkataan. Padahal pendapat awda, adakah perkara seumpama ini menepati syarat-syarat ijab dan qabul? Bincang.

= salah satu syarat perlaksanaan dalam jualbeli ialah sighah (lafaz ijab dan qabul) diantara penjual dan pembeli. Jika ditinjau dari segi rukun jualbeli, proses serah terima yang dilakukan tanpa dilafazkan dengan perkataan adalah tidak menepati kehendak syarat-syarat ijab dan qabul. Walau bagaimanapun, menurut sebahagian ulama’, ijab dan qabul tanpa sebutan (lafaz) adalah sah dan memadai dengan mengambil barang serta membayar wang mengikut harga yang ditetapkan. Jualbeli yang dilakukan tanpa sighah (ijab dan qabul) ini dikenali dengan nama Bai’ut Ta’ati atau Bai’ui Mu’athah.

Jaulbeli seperti ini berlaku pada barang-barang keperluan yang rendah harganya seperti barang-barang runcit yang telah diletakkan harga seperti yang banyak diamalkan di kebanyakkan supermarket, department store dan pusat-pusat membeli belah yang ada sekarang ini. Dalam pada itu, barang-barang yang mahal harganya seperti rumah, tanah, bangunan, kereta dan sebagainya, perlu ada ijab dan qabul yang khusus. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pertelingkahan di kemudian hari.

Dalam konteks jualbeli yang berjalan pada masa kini,proses serah terima barang dilakukan tanpa ada sighah (ijab dan qabul). Sebagai contoh di kebanyakkan pusat-pusat membeli belah yang mana setiap barang jualan dilekatkan sticker harga. Setiap pelanggan akan mengambil barang yang diperlukannya kemudian membawanya ke kaunter pembayaran. Pekerja kaunter pula akan mengira jumlah harga keseluruhan yang telah tertera pada mesin kaunter. Jualan seumpama ini adalah dikira sah disisi syara’ kerana telah tercapai persetujuan dan kerelaan diantara kedua belah pihak iaitu penjual meletakkan harga pada barang yang hendak dijual dan pembeli yang mengambil barang tersebut setelah dilihat harganya. Maka perbuatan tersebut jelas membuktikan tercapainya persetujuan dan kerelaan kedua belah pihak untuk berjualbeli.

2. (a) Sabda Rasulullah yang bermaksud, “sesungguhnya jualbeli itui adalah lahir dari redha-meredhai.”
Jelaskan maksud redha-meredhai dan kaitannya dengan rukun jualbeli.

= berdasarkan maksud hadith Rasulullah jelas menunjukkan bahawa salah satu prinsip yang mesti ada dalam jualbeli ialah sikap redha-meredhai diantara penjual dan pembeli. Sebab itulah dalam rukun jualbeli disyaratkan ada sighah (ijab dan qabul). Perkataan (ungkapan) pertama yang dilafazkan dinamakan ijab, manakala perkataan (ungkapan) yang kedua dinamakan qabul. Sesuatu jualbeli tidak dikira sah seandainya sighah atau ijab qabul tidak dilafazkan. Sebagai contoh, kata Hadi selaku penjual, “aku jual kereta Nissan Sunny ini dengan harga $20,000.” Jawab Nordin, “aku beli.” Ijab dan qabul atau sighah ini menunjukkan kerelaan atau keredhaan antara kedua-dua penjual dan pembeli. Pada dasarnya ijab dan qabul harus dilakukan dengan lisan. Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan dengan isyarat bagi mereka yang bisu atau dengan menggunakan surat (telegram, email dan seumpamanya) bagi jualbeli jarak jauh.

Kerelaan itu sebenarnya tidak dapat dilihat sebab ia berhubungan dengan soal hati. Atas sebab itulah diwajibkan sghh (ijab dan qabul) sebagai tanda dan bukti bahawa antara pembeli danpenjual telah rela dan redha terhadap proses jualbeli yang berlangsung.

Dalam sebuah hadith, riwayat daripada Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Belumlah boleh dua orang yang berjualbeli berpisah melainkan mereka rela (redha).”
Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi.

Sungguhpun demikian, dengan peredaran masa dan perubahan serta persekitaran yang kompleks masakini, kebanyakkan jualbeli yang berlaku tidak lagi disertakan dengan ijab dan qabul. Hal ini dapat dilihat dikebanyakkan pasaraya dan gedung membeli belah dimana terdapat ramai pelanggan dan pembeli yang berurusan dengan penjual. Sudah menjadi adat kebiasaan, pembeli akan mengambil barang yang hendak dibelinya sama ada dengan menggunakan troley atau bakul kemudian menghantarnya ke kaunter pembayaran, kemudian juruwang akan menekan jumlah harga bagi setiap barangan pada mesin kaunter. Setelah itu, jumlah harga keseluruhan akan tertera pada mesin kaunter, kadangkala juruwang akan menyebutkan harganya dan pembeli pula akan menyerahkan wang kepada juruwang. Juruwang akan mengembalikan wang bakinya kepada pembeli beserta resit pembayaran.

Berdasarkan Uruf (adat kebiasaan) dan juga Marsalih al-Mursalah (kemaslahatan umum), dengan proses jualbeli sebegini akan memudahkan urusan jualbeli antara penjual dengan pembeli, kerana ia menjimatkan masa dan tenaga memandangkan jumlah keramaian pembeli yang mungkin menyukarkan keadaan sekiranya dimestikan ada sighah.

(b) Selesaikan masalah dibawah ini.
(b) (i) Tamimi menjual sebuah meja kepada Muiz dengan menyatakan harganya $55.00 termasuk $5.00 keuntungan, dan Muiz bersetuju dengan harga tersebut.

= hukumnya sah jualbeli kerana keuntungan yang diperolehi oleh Tamimi tidak mencecah separu dari harga barang jualan tersebut. Ia tidak dianggap riba kerana barng tersebut bukan terdiri dari barang-barang ribawi (barang yang terdedah kepada unsur-unsur riba – matawang dan makanan)

(b) (ii) Hafizah berkata kepada Rosnah, “saya jual kereta ini kepada awak dengan harga $10, 000.00 untuk tempoh tiga tahun sahaja.”

= hukumnya tidak sah jualbeli kerana adanya tempoh jualan itu yang bermaksud Rosnah hanya boleh menggunakannya selama tiga tahun sahaja. Sedangkan maksud jualbeli sebenar adalah perpindahan hak milik antara penjual dengan pembeli yang tidak menyatakan tempoh masa. Jualbeli seperti ini adalah dikategorikan sebagai jualbeli bertaklik.

3. jelaskan hukum bagi masalah-masalah tersebut dengan memberikan alasan :-
(i) hadrat dipaksa menjual rumah banglonya kepada Adli.

= hukumnya adalah tidak sah jualbeli tersebut kerana pembeli (adli) dipaksa banglo tanpa kerelaan hatinya sendiri. Sedangkan salah satu syarat dalam jualbeli ialah dengan kemahuan penjual bukannya secara paksaan.

(ii) Ajeerah menjual benda-benda berikut kepada Fadilah:
- kucing
- bekas botol arak
- tahi lembu
- cincin gadaian

= jualan kucing Ajeerah sah kerana ada manfaatnya seperti menjaga rumah dan boleh dijadikan binatang peliharaan. Jualan bekas botol arak adalah tidak sah kerana barang itu telah digunakan untuk tujuan maksiat. Jualan tahi lembu pula juga tidak sah kerana ia dianggap sebagai najis. Segala barang yang najis tidak dikira sebagai harta dan tidak sah bahkan haram diperjualbelikan. Jualan cincin gadaian juga adalah tidak sah kerana semua jenis barang gadaian tidak boleh dijual sekiranya tidak ada sebab yang munasabah.
** dalam kes cincin gadaian (kepunyaan penggadai – katakanlah Asimah) yang digadaikan kepada pemegang gadaian (Ajeerah), kemudian penggadai tidak mampu menjelaskan semua hutangnya atau sebahagiannya sahaja, maka Ajeerah (selaku pemegang gadaian) dibolehkan dan diharuskan menjual cincin gadaian tersebut kepada Fadillah (orang lain). Ajeerah harus mengambil hasil jualan cincin gadaian itu sekadar yang dihutangkan (ditolak dari jumlah hutang penggadai), manakala bakinya (jika ada) dikembalikan kepada penggadai.

(iii) Hakimah berkata kepada Zuhaida, “aku menjual kebun buah-nuahan ini kepada awak dengan harga B$15,000 seandainya aku berkahwin dengan Yazid pada tahun depan.”

= hukumnya adalah tidak sah jualbeli tersebut kerana penjual mensyaratkan sesuatu semasa akad jualbeli iaitu dengan adanya perkataan ‘seandainya’ (atau perkataan yang menunjukkan ketidakpastian seperti jika, kalau, sekiranya). Jualbeli ini dikenali sebagai jualbeli bertaklik (jualbeli bersyarat). Adapun perkataan taklik ialah meletakkan sesuatu perkara sebagai waktu penyerahan pihak dengan menetukan sesuatu peristiwa atau masa atau keadaan sebagai waktu penyerahan barang yang dijual. Pendeknya, barang yang dijual hanya akan diserahkan tertakluk kepada suatu keadaan atau situasi tertentu atau tempoh masa tertentu.

Jualbeli seumpama ini adalah tidak diharuskan bahkan tidak sah kerana ia melibatkan soal penyerahan barangan jualbeli dan tempoh masa yang tidak tetap di mana pembeli sangat berhajat kepada benda atau barang yang diperlukan. Sedangkan dalam masa yang sama, jual beli boleh terbatal sekiranya taklik yang diakadkan itu tidak berhasil.

(iv) Harris membeli kereta Lexus IS200 daripada agen kereta NBT Toyota dengan harga $30, 500 secara tunai.

= Hukumnya adalah sah jualbeli itu seandainya memenuhi rukun dan syarat jualbeli. Jualan sebegini disyaratkan ada sighah diantara penjual dan pembeli kerana barang jualan diletakkan dengan harga yang tinggi. Selain jualan secara tunai, jualbeli kereta boleh dijalankan di bawah konsep Bai’u Bithaman Aajil iaitu jualbeli dengan harga bertangguh.

(v) Salwani memasukkan barang-barang beliannya seperti beras, roti paun, gula, sabun, tuala dan sebagainya ke dalam troli lalu membayarnya dikaunter mengikut resit yang diberikan oleh juruwang tanpa berlaku sighah antara keduanya.

= hukumnya adalah harus dan sah jualbeli itu. Walaupun jualbeli tersebut tidak terdapat ijab dan qabul antara Salwani dengan juruwang, namun dengan adanya penyerahan wang daripada Salwani selaku pembeli kepada juruwang dan resit pula diserahkan kepada pembeli, maka ioa sudah menunjukkan unsur redha meredhai antara penjual dan pembeli. Lagipun barang-barang yang dibelinya adalah merupakan barang-barang keperlun seharian yang tidak melibatkan harga yang tinggi. Jualbeli ini juga dikenali sebagai Bai’u al-Muathah atau Bai’u at-Taati atau Bai’u al-Mutlaq iaitu jenis jualbeli diantara barang yang dibeli dengan menggunakan matawang dan harga tanpa ada sighah (ijab dan qabul).