Beberapa hari yang lepas, saya bermalam di rumah abang saudara saya. Beliau bertugas sebagai salah seorang guru agama bagi tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Pada malam itu, beberapa orang penuntutnya telah datang ke rumah abang saya. Untuk pengetahuan umum, abang saya dan para penuntutnya sangat rapat dan mereka juga selalu berkunjung ke rumah abang saya. Malah mereka mengenali saya dan sebahagian dari mereka berusia lebih tua dari saya sendiri.
Pada malam itu, kami bersembang tentang pelajaran yang mereka ingin ambil jika sekiranya mereka lulus keperingkat seterusnya iaitu tingkatan enam. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu mata pelajaran apa yang akan mereka pilih. Lalu, saya mengesyorkan supaya mereka mengambil Bahasa Melayu dan Syariah, atau Usuluddin kerana bagi saya, ilmu itu sangat berguna di dunia dan akhirat. Saya amat terkilan dengan jawapan mereka.
“dui lai, apa ada syariah sama BM (bahasa melayu)?”
“awueh, nda membari-bari.. nda ko makan mun ko blajar atuu. Nada bguna tu.”
“nada standard tu blajar bahasa melayu..”
“nda jua ada kraja yang beguna subject atu. Untuk apa blajar?”
“bari hawar saja ko ani. Anikan kami pandai, ko suruh blajar bahasa melayu, syariah, usuluddin? Tantu ku milih science subjects tu eh..”
“awu, utk orang nda pandai saja tu. Untuk yang kaluk passed ah.”
Masya-Allah.. Saya hanya menggelengkan kepala mendengar caci-maki mereka terhadap mata pelajaran yang paling saya cintai itu.
Saya teringat akan soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas satu tahun ini iaitu “sejauh mana kemampuan Bahasa Melayu itu menjadi bahasa global dan bahasa Ilmu?”
Pada pendapat anda, sejauh mana? Pada pendapat saya, Bahasa Melayu tidak akan dapat menjadi bahasa global mahupun bahasa ilmu sampai bila-bila. Kenapa? Anda lihat sendiri bukan? Anak melayu sendiri mengatakan bahawa Bahasa Melayu itu tidak berguna. Di manakah silap kita? Kenapa kita mengagungkan bahasa lain, bukan bahasa ibunda kita? Di mana semangat kita yang berteriak mendabik dada, “Brunei, Negara Melayu Islam Beraja!”? mengapa kita perlu bermati-matian mempelajari bahasa lain dan menginjak bahasa kita sendiri? Bukankah brunei itu mengutamakan Bahasa melayu? Kenapa masih ada lagi tunas bangsa yang bangga mengatakan mereka hebat berbahasa Inggeris? Apa kurangnya Melayu? Kenapa kita berasa mundur jika mempelajari bahasa melayu? Bahasa itu kan budaya bangsa. Apa yang kurang membanggakan jika kita berbahasa Melayu?
Kenapa kita termakan hasutan orang luar, bahawa kita tidak akan maju jika ketiadaan Bahasa asing? Di mana salahnya? Adakah kerana ibubapa yang moden, berlumba-lumba mengajar anak mereka bertutur bahasa Inggeris sedari kecil? Atau adakah silapnya terletak di sekolah-sekolah yang menitikberatkan kemahiran berbahasa asing?
Entahlah. Jika hendak mahir berbahasa asing sekalipun, kenapa kita tidak menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua kita sedangkan bahasa itu adalah bahasa Nabi Muhammad, bahasa Syurga, bahasa Al-Quran? Apakah kelak kita akan ditanya mengikut bahasa yang kita banggakan itu? “Who Is Your God?” kita akan ditanya menggunakan bahasa Arab, bukan? Akan wujudkah lagi pernyataan Tokoh Melayu Hang Tuah bahawa Melayu Tidak Akan Hilang DiTelan Zaman, sedangkan sekarang, orang Melayu sudah berlumba-lumba menjadi orang Barat, membanggakan budaya Barat dan melupakan tradisi keTimuran?
Syariah dan Usuluddin, kenapa mata pelajaran ini tidak dipandang berat oleh sesetengah masyarakat kita? Apakah negeri kita tidak akan membangun jika kita mempelajarinya? Apa kurangnya ilmu Syariah dan Usuluddin, berbanding ilmu alam, ilmu hisab, ilmu kimia? Apa kerugian kita jika mendalami ilmu ini? Kenapa ada orang Islam yang begitu tega mengatakan ilmu Syariah dan Usuluddin ini tidak berguna? Bukankah hidup kita berpandukan ajaran agama Islam? Salahkah jika kita menguasai ilmu ini? Kenapa kita harus memilih mata pelajaran lain?
Adakah di sana nanti, kita akan ditanyakan tentang formula-formula ilmu hisab? Adakah kita akan ditanya tentang arah kedudukan kiblat yang kita sembah? Adakah kita akan ditanya apa jenis tanah tempat kita berkumpul semasa di Padang Mahsyar? Berapakah keluasan Padang tersebut? Adakah kita akan ditanya berapa kelajuan kita menyeberangi Titian Siratul Mustaqim? Saya tahu, kita diseru supaya belajar ilmu untuk didunia dan akhirat, tapi, perlukah kita mendakwa ilmu Syariah dan Usuluddin itu tidak berguna? Tidakkah itu terlalu melampau? Begitu hinakah ketiga mata pelajaran ini sehingga kita memandang dengan sebelah mata sahaja?
Jawaplah orang yang punya fikiran. Benarkah dakwaan mereka, Melayu tidak penting? Ilmu keagamaan tidak perlu dititikberatkan? Sesungguhnya, saya juga telah mati akal.
(680 pp)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamu'alaikum. Ana sedikit tekilan dgn post student ana, yang menyatakan sikap buruk student abang dia. Tp ana memang biasa berhadapan dgn org-org mcm ani. Tp alhamdulillah, setakat ani, org2 yang mengagungkan 'acquired knowledges dan membelakangkan 'revealed knowledge' ini, memang ana dpt patahkan hujjah2 mereka yg berotak tapi tidak lojik.
Kenapa ana katakan mcm ini. Ok, ana akan cuba hurai sdaya yg ana mampu.
Firman Allah Ta'ala surah az-Zumar,9:
Terj.-"Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dgn org yg tidak mengetahui?. Sesungguhnya org yg berakallah yang dapat menerima pelajaran."
Berdasarkan firman di atas, Allah Ta'al melakukan Tabayyun (perbandingan : comparative method) terhadap org yg berilmu dgn yg tidak.
"Org berilmu" menurut konotasi Islam ialah : org yg mencapai peringkat 'ulul-albab.
Maksud 'ulul-albab ialah org-org yg berilmu dgn sebenar-benar ilmu dan ilmunya mampu membawa akal sedarnya keparas lojik dan dpt di adaptasikannya kedunia praktikal. Lalu membentuk attitude.
Apa kaitan Islam dgn lojik akal?
Hal ini, selalu di jadikan bahan ejekkan org-org yg pro-barat utk menjauhkan para ilmuan daripada Islam.
Sblum ana membuktikan bahawa Islam adalah agama yg lojik dan syumul (lengkap). Perlu diketahui bahawa, Allah ta'ala memerintahkan manusia supaya, belajar,belajar,belajar terlebih dahulu drpd perintah sembahyang dll. Perkataan pertama dalam wahyu Allah ialah 'iqra' iaitu baca : iaitu aktiviti mencari ilmu dan info.
Pendeknya, Islam adalah agama ilmu. Dan ilmu yang dimaksudkan ialah, ilmu keduniaan dan keakhiratan. rujuk al-Qur'an, surah al-Qashash :77.
Jelas, di sana Allah Ta'ala tidak memerintahkan manusia utk menolak aspek keduniaan, tp perlu kpd kesepaduan, antara aspek dunia dan akhirat. Kerana itu di dalam Islam, kita dapat lihat aktiviti interaksi antara manusia dengan Allah dan antara manusia dengan manusia lain serta dgn alam ini.
Ertinya aspek dunia dan aspek akhirat adalah bersatu. Contoh : Awang A belajar bersungguh2 kerana ingin berjaya. Sdgkan Awang B belajar bersungguh2 kerana Allah Ta'ala. hasilnya : Awang A akan berjaya di dunia kerana berusaha bersungguh2. Tp Awang B akan berjaya di dunia juga di akhirat kerana ia berusaha bersungguh-sungguh dan niatnya (orientasi usahanya) adalah kerana Allah. Persoalannya, dari kes di atas siapa lebih beruntung? Siapa yang rugi? siapa lebih bijak? siapa yg jahil?
Apa yg Awng A perolehi dan kecapi tetap akan diperolehi dan kecapi oleh Awg B. Tp apa yg diperolehi oleh Awg B, tidak dikecapi oleh Awg A secara total.
Hanya org berilmu cinta kepada Islam. Hanya org bodoh yg memandang rendah pd Islam. Rasional dari kenyataan ana ini ialah :
Org berilmu adalah yg kenal dan faham apa itu Islam? firman Allah : "Sesungguhnya yang paling takut kepadaku dikalangan hamba-Ku iala orang berilmu". Membuktikan bahawa, hanya orang berilmu yang akan melakukan ketaatan kepada Allah.
Islam- adalah agama yang membawa sebuah sistem kehidupan (sistem politik, sosial, dll)! Hal ini, tdk berlaku di mana-mana agama lain. Malahan tradisi agama kristian sendiri, tdk memiliki konsep ini. Sebab itulah semasa era kemunduran eropah, para pengkaji mendapati bahawa, sistem kegerejaan adalah punca kemunduran bangsa eropah kerana menolak pendidikan ilmu duniawi, kerana siapa-siapa yg mahu menjadi paderi, ia terpaksa meninggalkan urusan keduniaan. Tetapi mesti tinggal mengabdi kepada gereja.
Setelah era Enlightment berlaku di eropah, berpunca dari kemasukkan pendakwah-pendakwah Islam di rom dan sepanyol, barulah bangsa eropah kenal apa itu 'ilmu'. Tetapi pihak gereja menentang hal ini. Hinggakan pihak gereja terpaksa mempengaruhi kuasa pemerintah byzantin untuk membunuh mana-mana orang yang berilmu dikalangan bangsa mereka.
Lama-kelamaan, umat Islam berjaya membawa Islam sebagai agama ilmu, memasuki lebih banyak lg wilayah eropah. Barulah bermulanya, era kegiataan keilmuan di eropah. Tp pihak gerja memendam rasa, berpura-pura berbaik dgn Islam, tp secara diam-diam mengatur gerakan utk menghapuskan Islam dari negara mereka. Tetapi mengekalkan tamadun yang dibawa Islam (tamadun Islam dikekalkan tetapi agamanya ditolak, atas alasan Krisitian adalah agama resmi).
Akhirnya, setelah ratusan tahun, setelah banyak ilmu yang dipelajari dan dikuasai oleh bangsa eropah, mereka menubuhkan kumpulan mengkaji budaya dan umat Islam yang dikenali sebagai 'Orientalis'. Bertujuan memahami- siapa itu umat Islam, apa kecenderungan mereka, apa kekuatan dan kelemahan mereka?
Melalui kajian mereka, mereka faham bahawa Islam hebat kerana ilmu, iman dan jihad.
Dan untuk melumpuhkan Islam, mereka perlu melumpuhkan ketiga-tiga aspek ini terlebih dahulu.
Caranya, pertama, pihak eropah menggunakan manfaat ilmu, hingga mereka bangkit sebagai bangsa berilmu dan pencipta (Industrial Revolution Era). Terutamanya dalam bidang penciptaan senjata.
Kedua, setelah melakukan peperangan secara fizikal terhadap negara-negara Islam. Mereka melakukan serangan yang lebih abstrak tp merbahaya, iaitu serangan mental. Yang terkenal dengan panggilan 'perang intelek'.
Sasaran barat, ialah para belia Islam. Medium yang digunakan ialah, pendidikan samada formal, in-formal dan non-formal. Aplkasinya, hiburan, budaya, trend, politik, sistem pendidikan, ekonomi, media, dll.
Agenda terselindung (hidden value) disebalik serangan total oleh barat ini ialah :
1. Islam perlu dipisahkan dari ilmu keduniaan, caranya : wujudkan dua sistem pendidikan yang membawa agenda terpisah (sekolah agama mengajar agama sahaja & sekolah pendidikan mengajar ilmu dunia sahaja). Supaya lahir masyarakat yang berbeza ideologi atau berideologi ganda.
2. Iman perlu dilemahkan, dengan merosakkan sistem kepercayaan umat Islam kepada Allah melalui, hiburan yang bersifat hedonistik (mementingkan keseronokan). Penekanan kepada unsur nafsu seperti : cinta-melalui novel, cerita-cerita, nyanyian dll. Cuba perhatikan sahaja karangan-karangan siri cerita kanak-kanak yg dihasilkan oleh barat, pasti berkisar dengan hayalan untuk menjadi puteri yang akhirnya beroleh cinta sejati (prince charm) yang sempurna. Caranya: mewujudkan berbagai genre hiburan yang menghayalkan manusia dari mengingati Allah kerana hidup dipenuhi dengan khayalan dan keseronokan.
3. Melemahkan semangat Jihad, melalui konsep consumerisme secara hegemony (paksaan) oleh barat selaku pemegang kuasa ekonomi global. Caranya, menjadikan setiap produk barat menjadi kewajipan untuk dimiliki (wujud rasa pergantungan dan kebanggan memiliki produk-produk barat). Akhirnya, walau apapun yang dilakukan oleh barat seperti menghentam palestin, iraq dan afghan, hanya dilihat dan disaksikan oleh umat Islam yang begitu taat melanggani produk barat (dependant conumer) sebagai perkara lumrah alam. Malah ada yang begitu dayus, menyalahkan Islam sebagai punca keganasan.
IMPAKNYA :
1. Lahir generasi dayus dan munafiq dikalangan umat Islam (split personalities) akibat mengikuti program dualisme pendidikan. (belajar agama kerana disuruh ibubapa, tetapi belajar ilmu pendidikan untuk material).
Komen ana : harta menurut Islam letaknya ditangan bukan dihati. Sebab sasaran islam ialah mahu melahirkan para usahawan, hartawan yang dermawan.
Rasioanlnya : Islam menuntut umatnya membangun aspek material dan fizikal sehebat-hebatnya, tetapi menolak sifat materialistik (bakhil, cintakan harta dll). Inilah konsep yang terkandung di dalam pensyari'atan 'zakat' dan 'sedekah' menurut Islam iaitu umat dituntut bersedekah, tetapi hanya orang berharta mampu melakuklannya, oleh itu carilah harta, tunaikanlah nafkah, zakat dan sedekah. Dan konsep pengharaman riba, iaitu menolak monopoly kerana memastikan tiada kemiskinan berlaku.
2. Lahir sikap 'inferiority conflict' ; merasa rendah diri sebagai MUSLIM. Kerana, mempercayai bahawa, barat adalah bangsa bertamadun, barat adalah bangsa yang mempunyai peradaban. inilah agenda terselindung barat iaitu mengkafirkan umat Islam secara dalaman (batin). Berkulit kuning langsat, bermata hitam, coklat, tetapi berjiwa eropah. HILANG JATI DIRI. Bahasa Melayu dan agama Islam dipandang sebagai low-standard. Peradaban berasal dari kata adab : mana satu yang dikatakan beradab, bertelanjangkah atau berpakaian? Sila pastikan bangsa yang mendapat pengiktirafan sebagai bangsa yang mempunyai peradaban, agar terdiri dari bangsa yang berpakaian sopan. Bukan yang tidak sopan. Ini baru satu kritik, ada banyak lagi.
3. Akhirnya, barat tidak lagi risau terhadap keupayaan umat Islam yang selama ini dianggap berpotensi menghalang agenda monopoly barat terhadap dunia. Sebelum ini, mereka tahu Islam adalah satu-satunya agama 'ADIL' (menurut Islam, adil itu ialah 'mengembalikan sesuatu kepada tempatnya/haknya/fitrahnya). Jadi andaikata sistem Islam masih kukuh, maka agenda barat tidak akan berjaya. Kerana Islam akan memastikan sitem Adil berjalan!!
Apatah lagi sekarang ini, berlaku pertikaian dikalangan umat Islam sendiri hasil tajaan barat (kafirin) ini. Barat, sudah mempunyai anak-anak didik (dikalangan umat Islam sendiri) yang sudah direkrut oleh mereka. Anak didik inilah yang menjadi PROMOTER kepada agenda barat. Dan anak-anak angkat barat ini, didapati ramai berada di dalam dunia Islam, bekerja dengan kerajaan Islam, tapi menentang sistem Islam dan menyerapkan sistem barat. Antara ciri-ciri PROMOTER barat ialah :
1. Memandang rendah pada Islam. menolak atau mengkelas keduakan pelajaran Agama Islam.
2. Memandang rendah pada bahasa sendiri. Mengutamakan bahasa English. Sedangkan, kedudukan bahasa English sepatutnya bukan sebagai pembentuk jati diri, tetapi sekadar alat memahami ilmu dan kemahiran bangsa lain.
3. Hidup berorientasikan barat (gaya hidup).
4. Sikap pro-barat.
5. Tidak marah dan tidak sedih apabila umat Islam lain dihentam oleh barat.
6. Menjauhi ibadat kepada Allah. Tidak sembahyang, tidak puasa, tidak zakat, apatah lg ibadat sunat. Atau dia seorang yang beribadat tetapi tidak berjaya mendidik anaknya supaya beribadat.
7. Lebih kenal kepada pemain bola kelab eropah, artis barat, pelakon dll, daripada nama dan latar belakang ulama'. Soalan : siapakah nama sebenar al-Imam al-ghazali? ilmu apa yang dipelopori oleh ibnu sina? kharizmi? Ibnu Farabi? Ibnu Khaldun?. jika pembaca tidak dpt menjawabnya, ana nasihatkanlah supaya, palingkan semula kiblat anda kepada Islam, bukan ke barat.
8. DLL.
CADANGAN :
1. Fahami Islam, bukan dengan mempelajari cara beribadatnya sahaja, tetapi dengan mempelajari 'kepentingan' ibadat dan kesannya. Bukan mempelajari cara membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya.
2. Al-Qur'an mengandungi banyak konsep yang boleh diterapkan dalam hidup, yang DIJAMIN MAMPU MEMBAWA KEJAYAAN YANG GILANG-GEMILANG KEPADA SESORANG DAN MEMBARISKAN GENERASI PELEDAK TAMADUN. Konsep-konsep yang terdapat di dalam al-Qur'an banyak dipelajari oleh barat dan diterapkan dalam sistem mereka. Tetapi kita selaku umat Islam, mengambil sumber dari barat. Sedangkan al-Qur'an itu milik kita. Masya Allah, inilah yang dikatan jahil dan tiada upaya menta'wil (interpretation skill).
3. Bersyukurlah setiap hari kerana ditakdirkan lahir sebagai umat Islam, kerana jika kita tidak beragama Islam, kita akan menjadi orang yang jauh dari lojik. (mahukah kamu menjadi manusia yang tidak menyembah Allah (Tuhan sempurna), tetapi kpd makhluk lain seperti, batu, lukisan, api, matahari, kayu kros, laut, atau manusia yang percaya bahawa, manusia adalah berasal dari monyet : masya-Allah, ini benar-benar tidak lojik, atau kamukah manusia yang bangga dilahirkan dari rahim seorang perempuan suka perzinaan, tati-menari,pub,pendedahan aurat dan suka menjatuhkan maruahnya, atau dari benih seorang laki-laki yang suka mabuk lalu melakukan perkara aib, atau menjadi manusia yang suka membunuh, sakit jiwa, raja dadah, raja tipu, raja judi, raja rasuah, raja fitnah, itupun nasib-nasib jadi raja, malah lebih banyak lagi yang nasibnya menjadi hamba dan mangsa, hamba dadah, mangsa tipu, mangsa judi, mangsa rasuah, mangsa fitnah. MASYAAAA-ALLAH!! Ini semua adalah perlakuan-perlakuan yang ditentang oleh Islam!!! Tidak lojikkah Islam???
Ana, tidak sama sekali bersikap kontra kepada barat, tetapi ana kontra kepada agenda "PEMBARATAN". Sekarang, para pembaca nilai sendiri. Sebelum mengkritik kenyataan ana, ana syorkan, supaya pembaca lakukan penyelidikan rapi terlebih dahulu. Ana memang malas melayan para JUHALA' sebab Islam melarang umatnya berbahas dengan golongan ini.
P.s : disebutkan sikap orang munafiq sebagaimana di dalam firman Allah surah Munafiquun ada menyatakan bahawa, orang munafiq adalah yang mengakui dirinya Islam dengan lidah tapi tidak pada perbuatan, dan orang yang SUKA MENGHALANG KEPADA KEBAIKAN. Ini adalah ciri terbesar orang Munafiq. Ana, sekali lagi menasihati pembaca yang tidak suka kepada keikhlasan ana, supaya jgn lakukan perkara yang menyebabkan sampai jatuh ke martabat Munafiq. pesan Allahyarham Mufti Brunei kesayangan hamba : bahawa akan wujud di akhir zaman ini golongan yang digelar sebagai Mulhid. Mulhid : orang yang bijak bercakap tetapi tiada berilmu, mereka murtad bagaikan anak panah terlepas dari busur ( nisbah kepada ramainya dan kecepatannya). hati-hati, jangan sampai menjadi salah seorang yang dimaksudkan beliau. Wal'ya'uzubillahi min zalik.
Sekian, senyum selalu daripada ana, hamba Allah yang on the way menjadi Khalifah-Nya (iaitu yang memakmurkan dunia tanpa berkehendak kepada sebarang pangkat dan imbalan tetapi semata-mata kerana Allah). Siapa mau join ana, silakanlah. Ana mahu memeriahkan dan memartabatkan lagi 'industru ulama' di Brunei ini. Wassalam.
Post a Comment