Friday, September 5, 2008

Wudhu' Zahir dan Batin

>> Wudhuk zahir dan batin
> >> ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
> >> Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
> >> solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
> >> dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
> >> untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
> >>> >> Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
> >> Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
> >> caranya tuan solat?'
> > > > Hatim berkata,
> >> 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.'
>> >> Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim
> >> berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
> >> anggota wudhuk dengan air'.
> >> Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
> >> perkara :-
> > > >> * Bertaubat
> >> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> >> * Tidak tergila-gilakan dunia
> >> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
> >> * Tinggalkan sifat berbangga
> >> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> >> * Meninggalkan sifat dengki.'
> >>> >> Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku
> >> kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
> >>> >> Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
> >> 1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
> >> 2. Syurga di sebelah kananku,
> >> 3. Neraka di sebelah kiriku,
> >> 4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> >> 5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
> >> ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
> >> adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
> >> bertakbir dengan baik.'
> >>> >> 'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
> >> kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
> >> dengan penuh
> >> pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
> >> bersolat selama 30 tahun.'
> >>> >> Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
> >> ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
> >>> >> Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi
> >> kebaikan,InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
> >>> >> Salam Ukhwah
> >





copied and pasted from email. nicee....

No comments: