Thursday, August 28, 2008

Hukum Syara’, Hukum Takhlifi, Hukum Wadhaie, Azimah, Rukhsah.

1. Huraikan pengertian Rukhsah dan terangkan Rukhsah mengikut keadaan dan suasana dengan memberikan contoh dan dalil.

= dari segi bahasa, Rukhsah bermaksud kelapangan, kelonggaran, kemudahan dan pengecualian. Manakala dari segi istilah syara’ pula, Rukhsah ialah hukum yang ditetapkan selaras dengan sesuatu uzur yang agak berat sebagai pengecualian dari hukum asal iaitu Azimah sekadar yang mustahak.

Ada kalanya diharuskan memilih antara rukhsah atau azimah, kerana tujuan rukhsah ialah memberi kemudahan dan keringanan kepada umat manusia agar dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, “Rasulullah tidak memilih antara salah satu daripada dua persoalan melainkan baginda memilih mana yang mudah diantara keduanya.” Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ada kalanya ia wajib dibuat, iaitu ketika keadaan yang membawa kepada ancaman maut seperti ketiadaan makanan yang halal di dalam sesebuah tempat. Jadi dalam keadaan darurat, hukum memakan bangkai adalah wajib sekadar untuk menyelamatkan nyawa. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam lembah kebinasaan.”

Ada kalanya rukhsah dihukumkan sunat kerana mengikut sunnah Rasulullah seperti memendekkan waktu sembahyang (Solat Qasar) ketika dalam perjalanan musafir (dua marhalah). Rukhsah dimubahkan (diharuskan) seperti para doktor atau jururawat diharuskan melihat aurat orang lain sama ada lelaki atau perempuan, terutama ketika sedang merawat pesakit. Rukhsah juga boleh bersifat makruh iaitu apabila seseorang dipaksa mengaku kafir sedangkan dalam hatinya masih beriman.

2. hukum syara terbahagi kepada dua bahagian iaitu hukum Takhlifi dengan hukum Wadhaie.
a) Jelaskan kedua-dua pengertian hukum tersebut
.

= hukum takhlifi ialah perintah Allah berkaitan dengan kelakuan orang mukallaf, sama ada secara tuntutan manakala hukum Wadhaie pula ialah perintah Allah yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu itu syarat, atau mani’ (penegah) atau sah (nyata betul atau fasid/batal (salah). Disifatkan hukum ini dengan wadhaie, memandangkan syara’ telah menjadikannya sebagai tanda menunjuk kepada wujudnya hukum takhlifi atau sebaliknya.

b) nyatakan perbezaan antara hukum Takhlifi dan hukum Wadhaie.

= hukum takhlifi menuntut perbuatan melakukan atau mencegahnya (tuntutan) atau membolehkan memilih antara melakukan atau meninggalkannya. Manakala hukum wadhaie pula hanya menerangkan sebab, syarat atau mani’ (penegah) kepada wujudnya sesuatu hukum, termasuk sah atau batal sesuatu perkara.

Hukum takhlifi selalunya berada dalam kesanggupan orang-orang mukallaf, sama ada untuk mengerjakan atau meninggalkan sesuatu perkara. Manakala hukum wadhaie adakalanya dapat dikerjakan oleh orang-orang mukallaf dan kadangkala tidak dapat disanggupi oleh mereka
.

3. jelaskan bahagian-bahagian hukum takhlifi menurut Jumhur Ulama.

= menurut jumhur ulama, hukum takhlifi terbahagi kepada 5 bahagian iaitu wajib, haram, makruh, sunat dan harus. Wajib ialah tuntut membuat sesuatu yang tidak merupakan tekanan atau tegahan dengan tuntutan pasti. Sunat ialah tuntut membuat sesuatu yang tidak merupakan tekanan atau tegahan dengan tuntutan tidak pasti. Haram ialah tuntut menegah melakukan sesuatu dengan tuntutan pasti. Makruh ialah tuntut menegah melakukan sesuatu dengan tuntutan tidak pasti. Sementara harus pula ialah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syara’ memilih antara membuat atau meninggalkannya.

4. berikan erti hukum azimah dan nyatakan bahagiannya menurut para Usul Fiqh.

= secara etimologi, azimah bererti tekad yang kuat. Manakala secara istilah pula, azimah ialah hukum undang-undang umum. Secara terminologi, para ulama’ usul fiqh merumuskan pengertian azimah ialah hukum-hukum syara yang telah disyariatkan Allah kepada seluruh hambaNya sejak semula.

Menurut para ulama usul fiqh, empat bahagian azimah itu ialah
(a) hukum yang disyariatkan sejak semula untuk kemaslahatan seluruh umat manusia seperti muamalat, ibadat, jenayat dan semua hukum yang bertujuan untuk mencapai kebahagiaan umat didunia dan diakhirat.

(b) hukum yang disyariatkan kerana adanya suatu sebab yang muncul seperti hukum mencaci maki berhala atau agama lain. Hal ini adalah dilarang Allah kerana orang-orang yang menyembah berhala atau sembahannya yang dicela akan berbalik mencela Allah.

(c) hukum yang disyariatkan sebagai pembatal (nasakh) bagi hukum sebelumnya sehingga mansukh seakan-akan tidak pernah ada.

(d) hukum pengecualian dari hukum yang berlaku umum.

5. terangkan pembahagian hukum takhlifi menurut ulama hanafi beserta contoh.

= menurut para ulama hanafi, hukum takhlifi mempunyai tujuh bahagian iaitu fardhu, wajib, sunat, haram, kaharah tanzim, kaharah tanzih dan harus.

Fardhu ialah tuntut membuat sesuatu yang tidak merupakan tekanan atau tegahan dengan tuntutan pasti berdasarkan dalil qatie. Dalil qati’e ialah dalil yang sabit dengan jalan mutawatir iaitu ayat-ayat al-Quran atau hadith mutawatir. Seperti contoh, Allah Ta’ala pernah berfirman, yang bermaksud, “Maka bacalah kamu sebarang ayat yang mudah dari Al-Quran.” Dalam ayat ini terkandung hukum fardhu membaca ayat al-Quran ketika menunaikan solat.

Wajib ialah tuntut membuat sesuatu yang tidak berupa tekanan atau tegahan dengan tuntutan pasti bedasarkan dalil zanni. Dalil zanni ialah dalil yang sabit dengan jalan khabar ahad iaitu hadith Ahad. Seperti sabda Rasulullah yang bermaksud, “Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah al-Fatihah” Dalam ayat ini terkandung hukum wajib membaca surah al-Fatihah ketika sembahyang.

Sunat ialah tuntut membuat sesuatu yang tidak berupa tekanan atau tegahan dengan tuntutan tidak pasti bedasarkan dalil qatie. Seperti firman Allah yang bermaksud, “Dan Janganlah kamu menghampiri zina.”

Kaharah Tahrim ialah tuntut menegah melakukan sesuatu dengan tuntutan pasti, berasaskan kepada dalil zanni. Seperti contoh, hadith Rasulullah yang bermaksud, “halal sutera emas kepada kaum perempuan umatku dan haram kepada kaum lelaki.” Dalam hukum ini terkandung hukum Kaharah Tahrim bagi lelaki menggunakan emas dan sutera. Hadith ini merupakan khabar ahad.

Kaharah tanzih ialah tuntut menegah melakukan sesuatu dengan tuntutan tidak pasti. Contohnya, sabda Rasulullah yang menegah memakan daging kuda dan meminum susunya.

Harus ialah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syara memilih antara membuat atau meninggalkannya. Contohnya, Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat kedua yang bermaksud, “Dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji (bertahalul), maka bolehlah kamu berburu.”

6. a) berikan pengertian hukum wadhaie.

= hukum wadha’ie bermaksud perintah Allah yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu itu sebab atau syarat, atau mani’ (penegah) atau sah (nyata betul) atau fasid/batal (salah). Disifatkan hukum ini dengan wadhaie, memandangkan syara’ telah menjadikannya sebagai tanda menunjuk kepada wujudnya hukum takhlifi atau sebaliknya.

b) huraikan bahagian-bahagian hukum wadhaie satu persatu.

= hukum wadhaie dibahagikan kepada sebab, syarat, mani’ (penegah), sah dan fasid. Makna bagi sebab ialah keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dengan adanya, ada hukum dan tiadanya, tiada hukum. Sebab terbahagi dua iaitu sebab waktu dan sebab makna. Contoh sebab waktu ialah masuk waktu sembahyang adalah sebab bagi wajib mendirikannya. Sebab makna, contohnya, melakukan maksiat adalah sebab bagi seksaan di akhirat.

Syarat bermakna keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dengan tiadanya, ada hukum dan dari adanya, tidak pasti ada atau tiada hukum. Syarat terbahagi kepada empat bahagian iaitu syarat akli, syarat syar’ie, syarat kebiasaan dan syarat bahasa.

Mani’ (penegah) ialah keadaan atau suasana yang jelas lagi tepat, dipastikan dari adanya, tiada hukum dan dari tiadanya, tidak pasti ada atau tiada hukum. Seperti contoh, haid menjadi penghalang (mani’) kepada kewajiban solat dan puasa bagi perempuan.

Sah bermakna sesuatu perbuatan yang boleh menghasilkan kesan-kesan yang dimaksudkan, sama ada ia berbentuk amal ibadat atau kira bicara. Contohnya, sembahyang, jika ditunaikan dengan syarat-syarat yang sempurna, maka ia dihukumkan sah serta dapat mewujudkan kesan-kesannya iaitu lepas daripada tanggungjawap dan tidak akan dituntut membuatnya lagi.

Fasid bermakna sesuatu perbuatan yang tidak dapat menghasilkan kesan-kesannya yang dimaksudkan, sama ada ia berbentuk amal ibadat atau kira bicara. Seperti contoh, sembahyang, jika tidak cukup syarat-syaratnya, maka dihukumkan batal dan segala kesan-kesannya tidak tercapai.

No comments: